Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 16 Ogos 2022 – 26 Ogos 2022 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Kepada anda yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Antidadah S29 untuk ambilan di Agensi Antidadah Kebangsaan yg dijadualkan pada 15, 16 dan 17 Jun 2022 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Antidadah S29.
Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Antidadah S29
Sekiranya ingin memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Penjadualan Temuduga 2022
- Penolong Pegawai Antidadah Gred S29
(Agensi Antidadah Kebangsaan)
[ Tarikh Temu Duga: 16 Ogos 2022 – 26 Ogos 2022 ]
Statistik ambilan Penolong Pegawai Antidadah S29
Pada tahun 2012 sahaja sebanyak 23,722 calon telah mencuba nasib untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29 dengan harapan dipanggil ke sesi temuduga.
Jangan duduk PSEE Pembantu Antidadah selagi anda belum baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19
Walaubagaimanapun, hanya seramai 1,286 calon yang cukup bertuah untuk layak melangkah ke sesi temuduga. Apa yang sedikit mengecewakan, jumlah kekosongan untuk jawatan ini cumalah sebanyak 20 tempat sahaja. Ini pasti mengundang persaingan yang tinggi.
Kesilapan kecil semasa temuduga akan membawa padah! Ini kerana, tidak lain, sesi temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 lah yang akan menjadi medan pembuangan calon.
Jadi sekiranya anda calon yang dipanggil, nasihat kami “berhati-hatilah dan persiapkan diri dengan kemahiran menghadapi temuduga yang mantap”. Kita tidak mahu, anda gagal padahal sudah pergi sejauh ini.
Seperti biasa, sudah nama blog ini Blog Tips Kerjaya maka pasti janggal jika kami tidak berkongsikan panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29. Memanglah tidak semua temuduga anjuran SPA kami punya tips tetapi insyaAllah jika ada kesempatan dan kami ada pula sumber rujukannya tentu kami kongsikan di sini bersama pembaca.
Bagi yang dipanggil peperiksaan Pegawai Antidadah S41, sila rujuk perkongsian lepas kami mengenai cara lulus peperiksaan Pegawai Antidadah S41.
Sebelum ke panduan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29, sedikit pengenalan untuk jawatan ini kami sajikan.
Gaji Penolong Pegawai Antidadah S29
Penolong Pegawai Antidadah S29 adalah jawatan yang termasuk di dalam kumpulan sokongan. Anda yang terpilih akan ditempatkan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dengan gaji permulaan RM1,493.00 (minimum). Kadar gaji maksimum adalah RM5,672.00. Sementara kadar KGT (kenaikan gaji tahunan) adalah sebanyak RM145.00.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 (Deskripsi tugas)
1. Anda mesti tahu tugas hakiki seorang Penolong Pegawai Antidadah S29.
(Jarang sekali soalan berkaitan skop kerja atau bidang tugas tidak disoal dalam temuduga jawatan ini).
– Seorang Penolong Pegawai Antidadah S29 bertanggungjawab dalam melaksanakan kesemua program pemulihan di institusi serta komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 (berkaitan jabatan / kementerian)
2. Ceritakan secara ringkas sejarah Agensi Antidadah Kebangsaan.
(Bukan setakat sejarah, segala maklumat yang penting mengenai NADA anda kena tahu).
– Agensi AntiDadah Kebangsaan atau nama singkatanya AADK telah ditubuhkan secara rasminya pada 17 Februari, 1996. Penubuhannya diluluskan dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 3. Dimana mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Agensi Antidadah Kebangsaan? – Untuk mengetahui kempen dan aktiviti semasa yang dijalankan oleh AADK, anda boleh layari Portal Rasmi AADK.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 (soalan bonus)
4. Kenapa anda memohon jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29?
– Biasanya ini merupakan antara soalan yang sering diajukan. Kami tidak boleh sediakan jawapan bagi pihak anda, kerana lain calon, lain pula matlamat bagi pihak dirinya. Cuma panduan daripada kami, sila baca semua yang anda mampu mengenai jawatan ini dan AADK sendiri. Kemudian buat rumusan dan kaitkan dengan penyertaan anda sebagai seorang Penolong Pegawai Antidadah S29 yang berkaliber.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 (soalan wajib)
5. Ceritakan serba sedikit mengenai diri anda.
– Percaya atau tidak, soalan asas ini adalah soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga tidak kira untuk jawatan kerajaan mahupun swasta. Nasihat kami, sediakan jawapan dalam bentuk kronologi hidup anda termasuklah pencapaian akademik dan pengalaman kerja (jika ada). Tekankan aspek-aspek ini agar anda tampak sesuai untuk jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29. Cuma pastikan anda tidak bercerita dengan cara meleret-leret. 5 minit ke bawah adalah jangkamasa yang sesuai, lebih daripada itu akan membuat penemuduga bosan dan mulai hilang tumpuan terhadap anda.
6. Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mengisi jawatan sebagai Penolong Pegawai Antidadah S29?
– Jawapan untuk soalan ini hanya akan anda perolehi dengan pembacaan secara menyeluruh. Jadi jangan malas mendapatkan maklumat lanjut berkenaan jawatan ini. Baca dan catatkan apakah ciri calon yang sesuai bagi mengisi jawatan ini.
7. Apakah yang anda boleh sumbangkan sekiranya dilantik ke jawatan ini?
– Ini adalah soalan yang menjadi peluang kepada anda untuk menunjukkan kebolehan. Kaitkan pengalaman dan kemahiran anda kemudian sesuaikan dengan jawatan Penolong Pegawai Antidadah S29. Anda perlu kreatif dalam soal ini. Penemuduga ingin mengetahui sejauh mana anda berfungsi dan berguna sekiranya dilantik kelak. Jadi jangan sia-siakan soalan ini.
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah (soalan popular)
- Kenalkan diri awak.
- Ada kalangan rakan atau keluarga yang jadi penagih?
- Awak merokok?
- Apakah itu Klinik Cure and Care (Klinik C&C)?
- Siapakah yang layak mendapatkan perkhidmatan di Klinik C&C?
- Terangkan mengenai PRS.
- Apakah seksyen dan akta yang berkaitan CCRC?
- Berikan 2 perkhidmatan di CCSC.
- Apakah yang dimaksudkan dengan Jagaan Harian dan Residensi ?
- Apakah syarat dan kriteria klien untuk menjadi residen CCSC?
- Siapakah yang boleh mendapatkan perkhidmatan di CCH?
- Kalau tak boleh 5, nyatakan 3 kursus-kursus yang ditawarkan di CCVC Sepang?
- Agaknya apakah kemudahan yang disediakan di CCVC kepada klien / perantis?
Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah yang kami beri di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tidak dijamin anda akan dapat soalan yang serupa. Tapi sebaiknya cuba dapatkan jawapan bagi soalan Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah di atas. Manalah tahu kalau untung sabut, maka timbul la. Untuk persediaan yang lebih rapi, terus dapatkan rujukan di bawah.
Rujukan Temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29
Bagi calon yang belum pernah hadir ke mana-mana sesi temuduga, sudah tentu belum mengetahui apa yang berlaku semasa temuduga dan apa pula perlu dibuat selepas temuduga. Anda patut miliki panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan calon iaitu Pakej Persediaan Temuduga Kerja.
Rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29. Malah boleh digunakan berulang kali untuk semua jenis temuduga di sektor awam.
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.
Beberapa FAQ Mengenai Penolong Pegawai Antidadah S29
Tugas Penolong Pegawai Antidadah S29
Seorang Penolong Pegawai Antidadah S29 adalah bertanggungjawab:
Melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Gaji Penolong Pegawai Antidadah S29
Basic gaji Penolong Pegawai Antidadah S29 ialah RM1,493.00.
Demikianlah panduan dan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S29 yang sempat kami kongsikan kali ini. Moga ia sedikit sebanyak membantu anda dalam persediaan ke sesi temuduga itu kelak.
Diucapkan semoga berjaya.
terima kasih dia atas perkongsian diatas. doakan kejayaan saya dan rakan2. ada sape2 i.view sm tarikh ni kt kb ker…
tq dgn info ini…
askum…blh saya tny…puan dah pergi interview jwtan pen peg antidadah kan…boleh sy th mcm mne ye?
Alhamdulillah..anak saya telah berjaya di dalam temuduga tersebut..beliau akan melapur diri di ibu pejabat aadk pada 18hb Februari 12 ini..Alhamdulillah segala-galanya dengan rahmatmu Ya Allah.
salam nak tanya ye. utk jawatan penolong pegawai antidadah ni ada test berat,tinggi dan penglihatan ke?
saya ada ijazah.. tp saya dapat panggilan interview pembantu antidadah s17.. adakah saya patut tunjukkan ijazah??
nak tya, kalau kita masih belajar, adakah permohonan kita akan terus ditolak atau mcam mana? saya dapat panggilan temuduga pembantu antidadah gred 17. sekarang saya masih belajar di tahun akhir ijazah. adakah saya patut pergi temuduga tu atau sebaliknya?