Temuduga Swasta : Apa Patut Dilakukan Sebelum Hadir?

Temuduga Swasta : Apa Patut Dilakukan Sebelum Hadir? Sebelum itu, apakah definisi temuduga? Temuduga ialah perbualan atau dialog yang terkawal antara pihak yang mencari kerja dan pihak yang akan menawarkan pekerjaan.

Temuduga Swasta : Apa Patut Dilakukan Sebelum Hadir?

Dalam kes ini, andalah pencari kerja tersebut dan pembekal kerja ialah pihak swasta yang terdiri daripada syarikat, agensi bukan kerajaan dan NGO.

Tolong jangan datang ke temuduga dengan tangan kosong dan minda kosong. Anda cuma membuang masa penemuduga. Kemungkina anda diambil bekerja hanyalah bergantung kepada nasib baik atau tuah sahaja.

Baca juga mengenai: 

Persediaan dan latihan ke temuduga swasta

Mesti buat perkara-perkara ini sebelum hadir temuduga

Apa yang patut dilakukan sebelum hadir satu-satu temuduga kerja swasta:

  1. Dapatkan serba sedikit maklumat tentang syarikat yang menemuduga anda.
  2. Jelas dengan jawatan yang dipohon.
  3. Pakailah pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga (penampilan yang baik ada bonus).
  4. Pastikan betul-betul, tarikh, masa dan tempat temuduga.
  5. Datanglah lebih awal (sekurangkurangnya 1/2 jam awal).
  6. Bercakaplah dengan yakin dan penuh hormat.

Kalau nak keja gomen, anda boleh mohon secara online melalui Portal SPA8i. Mana tahu rezeki kan..

Sumber maklumat kerja

Graduan boleh mendapat maklumat pekerjaan melalui sumber berikut:

• Surat Khabar (terutama pada hujung minggu)

• Laman Web Syarikat (mudah diperolehi melalui internet)

• Rakan-rakan yang sudah bekerja

Leave a Comment

error: Content is protected !!