Perkongsian kali ini adalah mengenai temuduga swasta – persediaan & latihan.
Buat Persediaan Awal
Anda WAJIB tahu aktiviti atau jenis perniagaan yang dijalankan bakal majikan anda. Ianya amat penting kerana ia menjadikan anda calon yang berpengetahuan. Anda MESTI tahu sedikit informasi bagaimana bakal majikan anda menjana pendapatan, produk yang mereka jual, pesaing mereka, budaya kerja di pejabat.
Dan jika anda mahu lebih bersedia, ketahui sekali masalah bakal majikan anda agar anda boleh meyakinkan mereka bahawa andalah calon yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Ringan-ringankan tulang anda melayari laman web bakal majikan anda dan buat kajian mengenai jawatan yang bakal anda sandang.
Buat Latihan Temuduga
Banyak kes didapati calon menjadi kelu dan tergagap-gagap apabila berkomunikasi dengan penemuduga. Mengapa ini terjadi? Disarankan, sebelum temuduga calon membuat senarai soalan yang berkemungkinan akan disoal dan cara untuk menjawabnya.
Bagaimana untuk membuat soalan?
Mudah sahaja. Letak diri anda ditempat penemuduga, apa yang anda ingin soal kepada calon seperti anda. Anda buat jawapannya sekali.
Berlatihlah bersama rakan. Dinasihatkan berlatih dengan serius seperti di dalam bilik temuduga yang sebenar. Anggap rakan anda itu penemuduga yang anda tidak pernah jumpa sebelum ini.
Seeloknya, berlatihlah di hadapan cermin agar dapat melihat mimik muka anda. Cari mimik muka anda yang bersesuaian, tenang, positif, ceria dan penuh keyakinan.
Anda juga HARUS berlatih dalam berbahasa Inggeris. Ini penting, terutama sekali apabila memohon jawatan di sektor swasta! Pastikan bahasa anda mudah difahami. Cuma pastikan jangan sampai terbelit lidah!
Ingin mencuba nasib di sektor swasta? Sambil-sambil menunggu peluang di sektor kerajaan? Peluang kenaikan gaji dan faedah bekerja di sektor swasta memang amat menarik. Tetapi tembus ke sektor ini bukannya mudah!
Panduan Temuduga Kerja Swasta
Malangnya, tiada panduan khusus untuk digunakan sebagai persediaan ke temuduga kerja swasta. Malang sekali. Tetapi kami boleh cadangkan rujukan persediaan kerja kerajaan di bawah.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling mustahak!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga swasta yg akan dihadiri kelak, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.
Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Anda rasa?
4) Lebih masa main COC
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga sektor awam.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv swasta itu nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja dalam sektor swasta kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Mula-mula, rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Sekurang-kurangnya, dengan adanya rujukan ini anda boleh bersedia sedikit sebanyak.
Bak kata orang – tiada rotan, akar pun berguna.
Masih lebih baik daripada anda ke temuduga kerja swasta tanpa persediaan langsung bukan?
So, itulah dia sedikit perkongsian mengenai temuduga swasta – persediaan & latihan. Moga memberi sedikit manfaat.