Dipanggil exam online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 SPA bulan ni? Masih tak tahu nak prepare apa? Kali ini dikongsikan tips-tips penting untuk calon yang akan menduduki exam online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41.
Bagi yang terlibat dengan ujian psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat F41, anda kena bersedia dari awal lagi. Soalan dalam ujian ni banyak perangkapnya. Fahami beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Teknologi Maklumat F41.
#Tips 1 – Seimbas tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pegawai Teknologi Maklumat bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
Baca : 4 Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
#Tips 2 – Skop Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41
Seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang berkhidmat dalam sektor kerajaan melaksanakan skop tugasan seperti berikut:
(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;
(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;
(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;
(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan
(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.
Baca juga : Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
#Tips 3 – Tiga Bidang Pengkhususan Pegawai Teknologi Maklumat F41
Bidang Pertama- Pengurusan ICT
(a) Perancangan Strategik ICT Berperanan dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.
(b) Pengurusan Projek Berperanan dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.
(c) Pengurusan Maklumat Berperanan menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumatsesebuah organisasi.
Baca seterusnya : Ujian Sahsiah & Minat Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
Bidang Kedua – Pengurusan Sistem
(a) Analisis Sistem Berperanan dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
(b) Reka Bentuk Sistem Berperanan dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
(c) Pelaksanaan Sistem Berperanan dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.
(d) Penyelenggaraan Sistem Berperanan dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.
(e) Dokumentasi Sistem Berperanan dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
Info tambahan : Soalan Temuduga Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29
Bidang Ketiga – Kepakaran Teknikal
(a) Keselamatan ICT :
i) Melaksanakan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
iii) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan insiden.
iv) Melaksanakan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
v) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.
(b) Pengurusan Pusat Data
i) Mereka bentuk Pusat Data.
ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
iii) Melaksanakan kerja-kerja operasi Pusat Data.
iv) Melaksanakan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
v) Menguruskan operasi Helpdesk.
(c) Pengurusan Rangkaian
i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.
(d) Pentadbiran Pangkalan Data
i) Mereka bentuk pangkalan data.
ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.
(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
i) Melaksanakan dan menjalankan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Melaksanakan dan menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan auditkeselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologipengurusan keselamatan maklumat organisasi.
#Tips 4 – Maklumat asas Pegawai Teknologi Maklumat F41
Kami tidak akan menaip semula maklumat asas seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang melibatkan kumpulan, kem/jab, jadual gaji, syarat lantikan dan Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Maklumat tersebut boleh diakses melalui portal SPA. Jadi anda boleh membacanya sendiri.
#Tips 5 – Rujukan Khusus Peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41
Anda dipanggil ke sesi exam Online Pegawai Teknologi Maklumat F41 pada 15 April 2016 (Jumaat) ini? Tahniah jika begitu! Untuk makluman anda, format untuk tahun 2016 sedikit berbeza, ada tambahan seksyen dan aturan seksyen yang berbeza. Ada 3 Seksyen kali ini;
– Seksyen A: Ujian Psikometrik
– Seksyen B: Pengetahuan Am
– Seksyen C: Penyelesaian Masalah
Nampak tak? Ada sesuatu di sana. Memang betul jangkaan anda. Seksyen A itu dirangka untuk menyingkirkan seberapa ramai calon. Di situ muslihatnya..
Eh.. jika anda serius nak berjaya, ini rujukan yang anda perlukan:
P/s: Buat persediaan sehabis baik ya. Mungkin ini peluang terakhir anda dipanggil ke sesi exam online ini!