Biasanya, ramai pemilik kereta yang mengalami nasib warna kereta hitam berubah menjadi kelabu atau kelihatan luntur. Hal ini terjadi kerana pemilik kurang menitikberatkan penjagaan yang rapi terhadap kereta dan juga kerana usia kenderaan tersebut sudah melebihi lima tahun dan ke atas. Namun begitu, jika kereta berwarna hitam tersebut dijaga dengan baik dan rapi, kemungkinan untuk kereta berwarna hitam berubah menjadi kelabu atau kelihatan luntur dapat dikurangkan. Justeru itu, bagi individu yang tidak tahu akan cara yang betul dan mudah untuk merawat atau menjaga kereta berwarna hitam, di bawah dibincangkan secara ringkas tips penjagaan kereta warna hitam.
Setiap individu tidak kira usia. Muda mahupun tua, lelaki mahupun wanita, pasti memiliki jenis kereta idaman masing-masing berserta dengan warna kesukaan tersendiri. Namun begitu, jika dilihat ramai di antara pengguna kenderaan lebih memilih dan berminat dengan warna yang gelap bagi warna kenderaan mereka. Hal ini demikian, kerana warna gelap pada kereta memperi impak warna kereta yang nampak mewah. Tak gitu?
Ramai penggemar kereta yang lebih memilih warna kenderaan mereka berwarna hitam. Hal ini demikian kerana, warna hitam itu sendiri menampakkan kereta tersebut lebih elegan dan bold. Bukan itu sahaja, warna hitam kenderaan juga sesuai untuk digunakan oleh semua jantina di pelbagai peringkat usia.
Namun begitu, bagi individu yang memilih warna hitam sebagai warna kereta yang dipandu, individu tersebut hendaklah lebih menitikberatkan tentang penjagaan kereta agar kereta mereka tidak kelihatan lebih kotor.
Jika anda tidak menjaga warna cat kereta anda dengan rapi, warna hitam tersebut boleh kelihatan kekelabuan dan kusam. Bukan itu sahaja, kesan tompokan kotoran juga akan sukar dilihat pada bahagian pintu terutama pada musim hujan jika ianya tidak dicuci dengan segera.
Cuci Kereta
Mencuci kereta merupakan salah satu langkah atau tips penjagaan kereta warna hitam yang anda boleh lakukan. Hal ini demikian kerana, dengan kerap mencuci kereta, secara tidak langsung kereta anda akan lebih kelihatan bersih daripada kotoran dan tompokan yg tidak kelihatan.
Jika anda yang tidak gemar ke kedai cuci kereta, anda boleh sahaja mencuci kereta di rumah sekurang-kurangya seminggu sekali. Hal ini demikian kerana, jika anda tidak mencuci kereta hitam anda secara tidak langsung tompokan hitam atau kotoran akan sukar ditanggalkan jika dibiarkan terlalu lama tanpa dicuci.
Polish kereta
Polish kereta merupakan salah satu tips penjagaan kereta warna hitam yang boleh setiap individu praktikkan agar kereta berwarna hitam lebih kelihatan berkilat. Jika kereta anda tercalar atau terkena kotoran, anda perlu membersihkan kereta dengan polish sesegera yang mungkin.
Pastikan anda mengelap secara lembut pada permukaan cat kereta dan juga jangan biarkan polish tersebut terlalu lama kerana apabila polish di biarkan terlalu lama pada permukaan cat, ia akan menjadi kering dan terlalu keras.
Baca juga: Jadual Pembayaran PERKESO 2023
Wax Kereta
Selain daripada membersihkan kereta dengan polish, anda juga boleh menggunakan wax kereta sebagai tips penjagaan kereta warna hitam. Untuk wax kereta, anda boleh melakukannya sahaja di rumah tanpa perlu ke kedai cuci kereta. Hal ini demikian kerana, anda boleh sahaja membeli wax di kedai-kedai seperti di DIY atau hardware.
Tambahan pula, wax kereta ini perlu di lakukan kerana ianya dapat memastikan kotoran tidak mudah terlekat pada cat kereta anda memandangkan wax sudah melicinkan permukaan cat kereta di samping meninggalkan lapisan perlindungan (coating).
Perlukah saya polish atau wax kereta baru?
Tidak. Kerana semua kereta yang baru diterima anda sudah pun menerima sekurang-kurangnya proses wax kereta. Tujuannya adalah bagi menaikkan seri kenderaan tersebut.
Adakah kereta tahan calar selepas coating?
Ini antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya. Mereka mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating kereta.
Kesimpulan
Bagi individu yang menyukai warna hitam sebagai warna kereta yang dipandu, anda perlulah memastikan kereta hitam tersebut sentiasa dalam keadaan bersih dan berkilat tanpa sebarang kekotoran.
Justeru, bagi individu yang tercari-cari cara terbaik untuk membersihkan dan menjaga kereta warna hitam agar tidak kelihatan kotor, tips penjagaan kereta warna hitam yg sudah dikongsikan ini dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut.
kena rajin polish.. betul pendapat tuan juga. kereta saya xsempat nak jaga. habis rosak cat
tq info, nice sharing