e-Recruitment Login – Semakan Permohonan & Temuduga

Kalau ada yang belum tahu, sistem e-recruitment ialah aplikasi permohonan kerja yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Ia mirip kepada portal SPA tetapi khas untuk jawatan di dalam negeri Sarawak sahaja.

Sistem e-recruitment Sarawak

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 14 Disember 2010, Sistem e-Recruitment akan memperkenalkan ‘mobile government features’ untuk kemudahan pemohon melayari sistem dari telefon bimbit / smartphone.

e-recruitment Login

Anda boleh login ke sistem e-recruitment melalui pautan di bawah:

Namun, sekiranya anda belum mempunyai akaun e-recruitment, anda boleh membuat pendaftaran melalui butang berikut:

Semakan Status Permohonan (SMS)

Selain menyemak status permohonan anda secara online dengan login ke dalam akaun e-recruitment. Anda juga boleh membuat semakan status permohonan menggunakan SMS.

Cara menyemak status permohonan e-Recruitment melalui SMS adalah seperti berikut..

Taip ERS 12 digit No.KP Baru dan hantar ke 62999 (sistem hanya memaparkan status permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh semakan melalui SMS)

Semakan Jadual Temuduga (SMS)

Selain menyemak jadual temuduga anda secara online dengan login ke dalam akaun e-recruitment. Anda juga boleh membuat semakan jadual temuduga menggunakan SMS.

Cara menyemak jadual temuduga e-Recruitment melalui SMS adalah seperti berikut..

Taip ERI 12 digit No.KP Baru dan hantar ke 62999 (sistem hanya memaparkan temuduga yang dijadualkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh semakan melalui SMS)

20 thoughts on “e-Recruitment Login – Semakan Permohonan & Temuduga”

  1. Adakah pengambilan pekerja baru dlm sektor kerajaan negeri akan berubah kerana ekonomi menurun akibat convid 19..sedangkan pekerja itu sudah dipanggil temuduga dan ada jawapan melalui email.. Sektor kerajaan meminta gambar berukuran pasport.. Setelah 3 bln selesai temuduga… Tpi sehingga sekarang maseh belum di panggil kerja… Adakah sya llus dlm temuduga tersebut?? Menjadi tanda tanya

    Reply
  2. Salam.
    Saya ingin bertanya. Saya adalah salah seorang calon temuduga pada Julai 2020. Saya telah melalui ujian psikologi kerajaan dan masih belum ada sebarang keputusan. Saya ingin meminta info untuk ini. Sekian

    Reply
  3. Hi, saya ingin bertanya. Saya adalah seorang calon temuduga Februari 2020. Namun, sehingga kini tidak ada yang mengatakan/mengesahkan melalui email mahupun sms bahawa saya lulus atau gagal. Kalau ada keputusan lulus mahupun gagal alangkah baiknya kalau ada jawapan.

    Reply
  4. Saya tak dapat log in sebab nak kemaskini eqruitment saya…
    Adakah masalah ini selalu berlaku kepada sesiapa sahaja yang ingin mengemaskinikan eqruitment….

    Reply
  5. Salam sejahtera, saya pengguna id e recruitment dari tahun 2018, dan kini saya hendak menukar nama id saya. Bagaimanakah caranya?

    Reply
  6. Saya nak tanya..macam mana cara mengemukkan permohonan kita kepada agensi/kerajaan/jabatan.saya masih keliru..boleh tolong ajar macam mana..status permohonan yang saya mohon. ada disenaraikan cuma perlu dikemukkan sahaja.kerana itu perlu dikemukkan sebelum tarikh dia tamat tempoh..

    Reply
  7. Saya keliru dengan permohonan melalui e-recruitment ni. Saya sudah mohon 10 jawatan melalui e-recruitment online ni sejak 3 tahun yang lepas dan sentiasa mengemaskini permohonan tersebut setiap tahun, tapi masih belum pernah menerima apa-apa jawapan seperti ujian atau temuduga. E-recruitment selalu hantar emel kepada saya tentang jawatan kosong di jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri sarawak, memberitahu supaya memohon jawatan yang berkenaan. Tapi pada dasarnya saya telahpun memohon jawatan-jawatan seperti dalam iklan tersebut melalui e-recruitment online. Persoalannya kenapa permohonan-permohonan saya tidak pernah mendapat jawapan balas dari pihak e-recuitment?

    Reply
  8. Salam,
    Saya nak tanya saya tahun 2019 lulus temuduga untuk jawatan pembantu kemahiran di JKR.Pada masa itu diorang ada menelefon saya mngatakan bahawa saya lulus temuduga tersebut dan bersedia untuk menempatkan saya di bahagian Betong tapi tidak menjumpai salinan sijil SKM.Saya maklumkan pada pegawai yang bertanya yang saya cuma ada sijil kemahiran dari IKM Kuching.Lepas itu pegawai tersebut beritahu saya nanti dia akan bincangkan dengan orang atasan.Bagaimana situasi saya adakah sya tidak layak dapat jawatan tersebut?Sampai sekarang tiada berita.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!