e-Recruitment Login – Semakan Permohonan & Temuduga

Kalau ada yang belum tahu, sistem e-recruitment ialah aplikasi permohonan kerja yang dibangunkan oleh kerajaan negeri Sarawak. Ia mirip kepada portal SPA tetapi khas untuk jawatan di dalam negeri Sarawak sahaja.

e recruitment sarawak login

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 14 Disember 2010, Sistem e-Recruitment akan memperkenalkan ‘mobile government features’ untuk kemudahan pemohon melayari sistem dari telefon bimbit / smartphone.

e-recruitment Login

Anda boleh login ke sistem e-recruitment melalui pautan di bawah:

Namun, sekiranya anda belum mempunyai akaun e-recruitment, anda boleh membuat pendaftaran melalui butang berikut:

Semakan Status Permohonan (SMS)

Selain menyemak status permohonan anda secara online dengan login ke dalam akaun e-recruitment. Anda juga boleh membuat semakan status permohonan menggunakan SMS.

Cara menyemak status permohonan e-Recruitment melalui SMS adalah seperti berikut..

Taip ERS 12 digit No.KP Baru dan hantar ke 62999 (sistem hanya memaparkan status permohonan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh semakan melalui SMS)

Semakan Jadual Temuduga (SMS)

Selain menyemak jadual temuduga anda secara online dengan login ke dalam akaun e-recruitment. Anda juga boleh membuat semakan jadual temuduga menggunakan SMS.

Cara menyemak jadual temuduga e-Recruitment melalui SMS adalah seperti berikut..

Taip ERI 12 digit No.KP Baru dan hantar ke 62999 (sistem hanya memaparkan temuduga yang dijadualkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh semakan melalui SMS)

Beberapa Soalan Lazim Mengenai login erecruitment

Apakah cara memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan?

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian (online) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my. Boleh rujuk di ‘Bahagian Syarat dan Cara Memohon’ yang disediakan dalam recruitment sarawak.

Adakah anda perlu memohon semula sekiranya ada jawatan kosong diiklankan melalui sistem e-Recruitment ataupun akhbar tempatan walaupun anda telah memohon jawatan yang diminati melalui 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa' semasa mendaftar?

Tidak. Anda tidak perlu memohon semula sekiranya jawatan kosong yang diiklankan sama dengan jawatan yang telah didaftarkan dalam ‘Permohonan Jawatan Sepanjang Masa’ dalam sistem sarawak recruitment. Anda yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun sarawak recruitment masing-masing. Bagi anda yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian di sarawak recruitment.

Apakah yang anda perlu lakukan sekiranya terlupa kata laluan Sistem e-Recruitment?

Anda perlu klik butang ‘Lupa Kata Laluan’ dan isikan nombor kad pengenalan. Seterusnya, klik butang ‘Hantar’. Kata laluan baru akan diemelkan terus kepada anda melalui alamat emel yang didaftarkan. Sekiranya emel yang didaftarkan tidak lagi aktif dan anda tidak lagi menggunakan alamat emel tersebut, anda boleh menghubungi Sains Call Centre’ di talian 1-300-88-7246 untuk mengemaskini alamat emel yang baru.

Adakah anda perlu mengemukakan salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara atas talian (online) di erecruitment sarawak?

Penghantaran sijil dan dokumen bergantung dengan jawatan yang diiklankan. Sekiranya anda dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu nombor rujukan bermula dengan huruf ‘S’, contohnya S01A2014, anda tidak perlu mengemukakan sebarang sijil dan dokumen. Anda hanya dikehendaki mengemukakan sijil dan dokumen HANYA sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Bagi anda yang dipanggil temuduga oleh jabatan/kementerian lain, iaitu nombor iklan bagi jawatan yang diiklankan bermula dengan huruf ‘J’, contohnya J01A2014, anda dikehendaki merujuk kepada jabatan/agensi yang memproses kekosongan jawatan. Terdapat jabatan/kementerian yang memerlukan anda mengemukakan sijil dan dokumen ke jabatan/kementerian setelah memohon jawatan secara atas talian (online) di erecruitment sarawak dan sebaliknya.

Apa itu status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' dan kenapakah anda tidak memenuhi kriteria tapisan sedangkan anda memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim permohonan jawatan yang dipohon?

Status ‘Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan’ bermaksud anda tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya atau jabatan yang melantik. Walaupun terdapat calon memenuhi syarat asas yang ditetapkan dalam satu-satu skim perkhidmatan jawatan, tetapi sekiranya kekosongan untuk jawatan tersebut tidak banyak dan terlalu ramai pemohon yang layak, tapisan tambahan akan dilakukan dan kriteria diperketatkan untuk mendapatkan jumlah calon yang bersesuaian dengan jumlah kekosongan jawatan yang ada.

30 thoughts on “e-Recruitment Login – Semakan Permohonan & Temuduga”

  1. Adakah pengambilan pekerja baru dlm sektor kerajaan negeri akan berubah kerana ekonomi menurun akibat convid 19..sedangkan pekerja itu sudah dipanggil temuduga dan ada jawapan melalui email.. Sektor kerajaan meminta gambar berukuran pasport.. Setelah 3 bln selesai temuduga… Tpi sehingga sekarang maseh belum di panggil kerja… Adakah sya llus dlm temuduga tersebut?? Menjadi tanda tanya

    Reply
  2. Salam.
    Saya ingin bertanya. Saya adalah salah seorang calon temuduga pada Julai 2020. Saya telah melalui ujian psikologi kerajaan dan masih belum ada sebarang keputusan. Saya ingin meminta info untuk ini. Sekian

    Reply
  3. Hi, saya ingin bertanya. Saya adalah seorang calon temuduga Februari 2020. Namun, sehingga kini tidak ada yang mengatakan/mengesahkan melalui email mahupun sms bahawa saya lulus atau gagal. Kalau ada keputusan lulus mahupun gagal alangkah baiknya kalau ada jawapan.

    Reply
  4. Saya tak dapat log in sebab nak kemaskini eqruitment saya…
    Adakah masalah ini selalu berlaku kepada sesiapa sahaja yang ingin mengemaskinikan eqruitment….

    Reply
  5. Salam sejahtera, saya pengguna id e recruitment dari tahun 2018, dan kini saya hendak menukar nama id saya. Bagaimanakah caranya?

    Reply
  6. Saya nak tanya..macam mana cara mengemukkan permohonan kita kepada agensi/kerajaan/jabatan.saya masih keliru..boleh tolong ajar macam mana..status permohonan yang saya mohon. ada disenaraikan cuma perlu dikemukkan sahaja.kerana itu perlu dikemukkan sebelum tarikh dia tamat tempoh..

    Reply
  7. Saya keliru dengan permohonan melalui e-recruitment ni. Saya sudah mohon 10 jawatan melalui e-recruitment online ni sejak 3 tahun yang lepas dan sentiasa mengemaskini permohonan tersebut setiap tahun, tapi masih belum pernah menerima apa-apa jawapan seperti ujian atau temuduga. E-recruitment selalu hantar emel kepada saya tentang jawatan kosong di jabatan-jabatan dalam kerajaan negeri sarawak, memberitahu supaya memohon jawatan yang berkenaan. Tapi pada dasarnya saya telahpun memohon jawatan-jawatan seperti dalam iklan tersebut melalui e-recruitment online. Persoalannya kenapa permohonan-permohonan saya tidak pernah mendapat jawapan balas dari pihak e-recuitment?

    Reply
  8. Salam,
    Saya nak tanya saya tahun 2019 lulus temuduga untuk jawatan pembantu kemahiran di JKR.Pada masa itu diorang ada menelefon saya mngatakan bahawa saya lulus temuduga tersebut dan bersedia untuk menempatkan saya di bahagian Betong tapi tidak menjumpai salinan sijil SKM.Saya maklumkan pada pegawai yang bertanya yang saya cuma ada sijil kemahiran dari IKM Kuching.Lepas itu pegawai tersebut beritahu saya nanti dia akan bincangkan dengan orang atasan.Bagaimana situasi saya adakah sya tidak layak dapat jawatan tersebut?Sampai sekarang tiada berita.

    Reply
  9. Adakah laman ini brguna.tak kn lh dr gred yg tnggi smpai yg gred rndah tiada utk pncapaiaan sy.sampai skrng asyik dpt jwpn tidak mnepati syrt..

    Reply
  10. Salam sejahtera,
    Mau tanya sya smpai skarang belum pernah dberi peluang utk dtemuduga..Mohon tuan puan bagilh peluang utk sya dtemuduga kerana sya amat berpengalaman dlm bidang yg sya mohon,terima kasih.

    Reply
  11. Salam. Saya ada masalah nak log in. Even my Sarawak id true but they say that it’s invalid id. Then, I try with forgot id and my phone no, also email does not match. I try so many times. Why? Please help me.

    Reply
  12. Macam mana cara untuk sahkan kehadiran menghadiri temuduga? Saya sudah cari bahagian “Pengesahan Hadir Temuduga” di akaun e-Recruitment saya tapi tidak jumpa. Sesiapa yang pernah menghadiri temuduga e-Recruitment dan tau di mana letakknya bahagian “Pengesahan Hadir Temuduga”, sila beri maklum balas ya. Terima kasih.

    Reply
  13. Hai selamat petang ? Saya mahu tanya kenapa saya punya mykad tak sepadan dengan akaun ? Sebab saya ingin bermohon daftar masuk e-recruitment , Saya berharap ada yang baik hati dapat tolong penyelesaian ini .

    Reply
  14. Selamat ptg cik…,saya ingin bertanya tntg permohonan kerja yg di minta saya,,,bagai mana saya ingin tahu tntg permohonan yg di minta.??

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!