Hak-Hak Pekerja Yang Diberhentikan Kerja

Hak-Hak Pekerja Yang Diberhentikan Kerja

Apakah hak pekerja yang diberhentikan kerja? Adakah sama hak pekerja yang diberhentikan sama dengan hak pekerja yang dipecat? Bagaimana pula hak pekerja yang dibuang akibat tindakan disiplin? Hak pekerja part time? Hak pekerja kontrak? Atau hak pekerja yang dibuli? Kita akan bincangkan sepintas lalu di sini.

Apakah maksud Pemberhentian Pekerja?

Pemberhentian pekerja bermaksud penamatan kontrak perkhidmatan akibat penutupan syarikat dan berlebihan pekerja. Keadaan berlebihan pekerja yang boleh timbul adalah berikutan daripada beberapa sebab seperti penyusunan semula syarikat, pengurangan pengeluaran, penggabungan syarikat, perubahan teknologi, pengambilalihan syarikat dan lain-lain. Ini tidak termasuk jenis-jenis penamatan kontrak perkhidmatan akibat tindakan disiplin dan pemecatan terhadap pekerja.

Baca : Klasifikasi dan spesifikasi perjawatan awam di Malaysia

Senario pemberhentian kerja di Malaysia

Dalam tempoh 2014 sehingga 2017, sebanyak 142,336 pekerja telah diberhentikan kerja oleh majikan dengan 15 peratus daripadanya atau 21,821 kes adalah di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Sebab pemberhentian kerja

Menurut Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), 5 faktor utama pekerja dibuang di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan bagi tempoh 2009-2018, adalah :

  1. Pemberhentian (30 peratus) merujuk kepada penamatan perkhidmatan kerana pelarasan disebabkan lebihan pekerja.
  2. Salah laku (26 peratus) merujuk kepada tingkah laku yang tidak wajar seorang pekerja yang dianggap tidak sesuai dan bertentangan dengan peraturan dan etika syarikat.
  3. Penamatan tanpa sebab (14 peratus) merupakan penamatan melalui notis kontrak atau gaji sebagai ganti secara tanpa sebab.
  4. Pemecatan konstruktif (6 peratus), tindakan majikan dalam organisasi yang sengaja membuat keadaan kerja dengan pekerja yang bermasalah atau tidak adil supaya pekerja berasa terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka.
  5. Paksaan peletakan jawatan (4 peratus), kea­daan yang mana pekerja tidak mempunyai pilihan tetapi meletakkan jawatan kerana wujud­nya unsur paksaan atau tekanan daripada majikan.

Lain-lain faktor atau bersamaan 14 peratus termasuklah percubaan, tetap kontrak jangka, peletakan jawatan secara sukarela, kekecewaan kontrak, persaraan, gaji minimum, pelaksanaan persaraan dan rasa tidak puas hati terhadap prestasi.

Baca juga : Permohonan kerja melalui portal SPA8i

Jika anda terlibat dalam senario pemberhentian kerja, perhalusi dan fahami petikan yang kami ambil daripada buku Garis Panduan Pengurusan Pemberhentian Pekerja (Kegunaan majikan dan pekerja) terbitan Kementerian Sumber Manusia di bawah.

6. Apakah hak-hak dan peranan pekerja yang terlibat dengan pemberhentian pekerja?

Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja adalah layak kepada faedah-faedah penamatan kerja minimum sekiranya mereka dilindungi di bawah mana-mana akta atau Perjanjian Bersamamempunyai hak-hak di bawah Akta Kerja 1955 atau Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

6.1 Akta Kerja 1955 / Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) / Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

Secara amnya, pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) dan terlibat dengan pemberhentian adalah layak untuk menuntut faedah-faedah statutori berikut:

6.1.1 Gaji ganti notis

Pekerja yang diberhentikan kerja tanpa diberi tempoh notis penamatan perkhidmatan yang mencukupi, boleh menuntut bayaran gaji ganti notis (indemniti). Gaji ganti notis hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari terakhir kontrak perkhidmatan ditamatkan.

6.1.2 Faedah penamatan kerja

Pembayaran faedah pemberhentian kerja hendaklah mengikut ketetapan di dalam kontrak perkhidmatan, tetapi tidak boleh kurang daripada kadar minimum yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 / Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 / Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 iaitu:-

  • i. 10 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat melebihi 12 bulan tetapi kurang daripada 2 tahun;
  • ii. 15 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat selama 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun;

atau

  • iii. 20 hari gaji bagi setiap tahun perkhidmatan jika pekerja telah berkhidmat 5 tahun atau lebih. dan dikira pro-rata bagi tempoh perkhidmatan yang tidak genap setahun, mengikut genap bulan yang hampir sekali.

Formula pengiraan yang ditetapkan di bawah Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara) 1980, Akta Kerja 1955 / Kaedah-kaedah Buruh (Sabah) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008 / Kaedah-kaedah Buruh (Sarawak) (Faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara ) 2008, iaitu :

hak pekerja yang dipecat atau hak pekerja part time

6.1.3 Pekerja berhak mendapatkan butir-butir bertulis tentang amaun jumlah faedah penamatan dan cara kiraan dibuat. Faedah penamatan kerja hendaklah dibayar selewatlewatnya 7 hari dari tarikh pekerja ditamatkan perkhidmatan.

6.1.4 Bayaran sebagai ganti baki cuti tahunan, sekiranya ada.

6.1.5 Pekerja-pekerja yang terlibat dengan pemberhentian boleh merujuk kepada JTK yang berhampiran untuk maklumat lanjut.

6.2 Akta Perhubungan Perusahaan 1967

6.2.1 Jika pekerja yang terlibat dengan pemberhentian merupakan ahli kesatuan sekerja dan menandatangani Perjanjian Bersama, pekerja tersebut layak kepada perkara-perkara berikut:

i. Pampasan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perjanjian Bersama; atau

ii. Pemulihan Kerja di bawah seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, sekiranya pekerja tidak berpuas hati dengan tindakan pemberhentian yang dilakukan oleh majikannya.

6.2.2 Pekerja-pekerja yang tidak dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh (Sabah Bab67) atau Ordinan Buruh (Sarawak Bab76) atau Perjanjian Bersama, mereka tertakluk kepada terma dan syarat di bawah kontrak perkhidmatan atau budi bicara majikan berhubung jumlah pampasan yang akan diterima.

6.2.3 Pekerja bolehlah mendapatkan khidmat nasihat selanjutnya dari Jabatan Perhubungan Perusahaan yang berhampiran dengan tempat kerja.

Baca ini juga : 44 faktor kegagalan dalam temuduga kerja

Apakah yang patut dilakukan oleh Pekerja yang diberhentikan kerja?

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pekerja yang diberhentikan adalah:

  1. Laporkan cadangan atau tindakan Pemberhentian yang akan atau telah diambil oleh majikan mereka kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan.
  2. Mendaftarkan diri di Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sama ada secara hadir sendiri dengan membawa bersama kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan atau secara talian terus (online) di dalam portal pekerjaan Jabatan Tenaga Kerja iaitu www.jobsmalaysia.gov.my.
  3. Pastikan bayaran pampasan atau faedah penamatan kerja telah diterima (sekiranya layak).
  4. Laporkan kepada Pejabat Tenaga Kerja yang berdekatan sekiranya telah memperolehi pekerjaan baru

*Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

63 thoughts on “Hak-Hak Pekerja Yang Diberhentikan Kerja”

  1. Assalammualaikm..saya hendak bertnya bagi pihak kawan saya..dia ada hutang dengan ipts..ipts tempat yang dulu dia belajar kata kalau dia tidak membaya hutang itu..pihak ipts 2 akan mengeluarkan saman yang membolehkan dia diberhentikan kerja..adakah ini betul

    Reply
    • Sya diberhentikan kerja pads April 20/4/22 kerana dituduh Salah laku didalam kilang..permasalahannya sekarang pihak kilang menuduh tanpa bukti yg kukuh Dan menamatkan perkhidmatan sya Serta merta..so skrang ni sya boleh ke menuntut hak sya sperti PAMPASAN Dan ganti rugi,lagipun sya sudah bekerja disitu selama 9 thun LEBIH..

      Reply
  2. Salam…sya amirul,sya ingin b'tnyekn 1soalan,skire nye sya d'berhentikn kerja oleh majikn,adkah sya yg perlu m'beri notis b'henti kerja?

    Reply
    • Saya diberhentikan kerja secara notis melalui masej..apakah tindakan yang perlu saya ambil jika dibuang notis tidak melebihi 48jam

      Reply
  3. Assalamualaikum.. sy telah dibuang kerja dalam keadaan mengandung 5bulan… majikan telah membuang saya melalui lisan tanpa notis.. masalah yang saya hadapi sekarang kes ini dalam siasatan PTK.. saya tiada bukti dan majikan pula menafikan yang beliau telah membuang saya sebagai pekerja… apakah yang harus saya lakukan ? TERIMA KASIH 🙂

    Reply
  4. Assalamualaikum …Saya bekerja dengan swasta selama 8 tahun, tiada ikatan kontrak, jika saya nak letak jawatan perlukah saya hantar surat notice ??? Dalam keadaan ekonomi sekarang, apa – apa pun mahal, baru nak gaji 50 ? Cukup apa ?

    Reply
  5. asalamualaikum. saya hendak bertanya, saya bahagian Human Resourses, saya telah membuat undang- undang kerja baru iaitu gaji dipotong RM2.00/5 minit jika pekerja lewat ke tempat kerja. tapi mereka tidak mahu bersetuju bolehkah mereka diberhentikan kerja? Tetapi saya akan memberikan notis terlebih dahulu, mengikut labour.

    Reply
    • Betul.Sebab tempat kerja isteri klau dtg lmbt 1mnt pun tolak gaji tpi klau blik lmbt satelkan kerja xbyar plak OT.Dh r elaun mkan dlu sngkut 8 bulan xbyar.1bulan rm150x8bulan.Ni skag ptongan kwsp lmbt cnth gji bln 7 byar kwsp utk bln 6.Gji pun xtentu ikut modd dia.Dulu ok tiap2 28/29hb gji dh msuk tpi kali ni melampau smpai skag 3hb blum msuk lgi.Org pun nk pkai duit gak.Bkn cmpany xde duit tpi sja lmbt byar.Kje push2 nk satel cpat client bsig2 kita yg kena.Nma je office lawyer tpi xikut LAW.Cmpany melayu cmni r jnji cm2 tpi 1 pun xpsti.Gji lmbt boleh ckp plak xmati pun klau lmbt dpt.Pas tu ckp gji suami ada boleh pkai dulu.Hotak dia.Xpikir ke org nk byar hutang smua klau lmbt kang nk kne byar bunga plak 2.Agaknya dia xpernah hdup ssah 2 boleh ckap cm 2.Klau gji aku byak dh lma suh isteri aku resign 24jam je xyah kje baik dduk umah tgk anak.Cmne nk bngkit tlog mlayu klau mlayu 2 sndri yg tindas mlayu.Agaknya bangsa melayu tpi agama x kot.

      Reply
      • 1. Rezeki itu kan milik Allah, mari kita rujuk semula pada sang pemberi rezeki itu.

        2. Tidak akan pernah tak cukup rezeki didunia ini wahai abang2 akak2 uncle aunty sekalian.. sebab terlalu luas masya allah.

        3. Masuk kerja lambat? kan dah kira amik hak orang lain tu.. Allah kata kamu jaga hak orang, Allah jaga hak kamu. Kalau nak amik jugak, fikirlah keberkatan hasil curi ni tak lama.

        4. Balik kerja lambat, hak kita diambil? Pastu? Marah? Allah ada kan? Kalau x berani bersuara pada majikan.. Allah sentiasa nak dengar. rintihlah adulah. pastu yakin & redhakan, ikhlaskan, sedekahkan pada company. berganda2 akan dapat balik. subhanallah. Kalau rasa teraniaya, masya allah.. berdoa lah wahai akak abang, doa anda saat ini sgt makbul ketika ini. Baca kuat2 depan boss. Doa yang baik2 lah tapi! haha

        5. Kerja lah dgn niat yang betul iaitu lillahitaala. jaga lah solat pasti allah jaga kita. Solat duha dan solat tahajud jadikan rutin sepertu Solat fardhu.

        6. Kita marah maki orang tak dapat apa, makin rosak hati iman kita. Mengadulah pada Allah. Maki pula pada bangsa sedangkan Allah yang mencipta manusia perlbagai bangsa. nauzubillah

        7. Sy pesan pada diri saya dan akak2 serta abang2… Allah Tidak Berdusta, Janji Allah Itu Pasti.Dan Allah Sayang Semua Hamba Nya tau..

        Doakan semoga saya istiqomah dan tidak lalai. Sesungguhnya sy kongsi ini semata2 kerana Allah. Semoga dipermudahkan urusan rezeki semua orang. Amin

        Reply
    • sebenarnya HR tu tak gila kuasa. apa yang dia buat itu adalah tindakan displin untuk pekerja agar pekerja lebih menepati masa. untuk yg OT tu, masa kita kerja telah ditetap kan 8am-5pm @ 8am-8pm.. jika pekerja itu balik lmbt kita kena tgk pada keadaan, masa ad majikan yg mahu dia balik lambt atau kehendak dia sendiri.

      Reply
      • Saya sudah 13 hari bekerja.. Tetapi hari ke 14 saya ada masalah.dah terus whtspp boss.nak cuti satu hari.emergecy left…tetapi saya terus menerima mesej.besok awak tidak payah turun kerja lagi….adakah company harus mbayar gaji 13 hari saya bekerja itu sahaja…..

        Reply
    • Tpi kalau staf yg jga bhgian kewangan langgar displin, kerap cuti masa nak byar gji smpai gji asyik bertangguh je. Silap dia staf lain yg kena 2 cmne plak?? Baik xpayah kenakan displin kalau xtau makna displin. Klau dlam kerajaan di panggil Tatatertib. Bhgian2 berkenaan ni kaki ampu, suka2 cuti dh 2 cuti rehat xtolak tpi staf lain cuti laju je tolak. HR xbtul ni bos lgi r xbtul sbb bkn slalu ada dkt opis. Bila client bsig2 lari suh staf lain satelkn kng client xbtul kita di salahkan. Ni smua dunia je slamat 2 pun blum tntu tup2 kena btag hdug sndri time 2 bru nk cte pkra sbenar tntang cmpeny yg lagak ala2 nk ikut stail JAPAN. Kena ingt tnpa jasa staf teknikal cmpeny xboleh maju tau sebab nk hrapkn pda pntadbiran diri pun byak xbtul.

      Reply
  6. Asalamualaikum..

    Sebagai seorang pengadu yang dipecat ketika hadir kepejabat setelah 2 hari cuti kecemasan kecemasan MEDICAL isue anak saya disahkan mengidap denggi,sungguh malang nasib saya ketika itu juga saya diberi kata 2 oleh pemilik syarikat " u bulih ambil berapa lama u suka untuk buat rawatan denggi anak u dan bulih cari kerja ditempat lain" saya membantah keputusan itu beliau menjawab " bulan lepas saya buang seorang pekerja sebab dia ingat syarikat dibuka untuk dia menyelesaikan masalah anak dia saja" saya terluka dengan kata-kata majikan saya cuma minta beliau percepatkan bayaran gaji dalam hati saya masatu hanya ingat anak…saya ke pejabat JTK pada hari yang sama saya dipecat dgn alasan tidak munasabah kes saya berakhir dgn perintah C dikeluarkan tampa berlangsungnya sesi rundingan antara saya dan majikan (hari sebutan) DAN tampa mengambil apa2 keterangan saya. baki gaji sebanyak RM700. Apa yang bulih saya katakan JTK anda bertindak curang terhadap saya.

    Reply
    • Ptot xboleh di pecat sebab dlam cmpeny dh di nytakan syarat setuju terima semasa cnform dlu. Ada cuti tahunan dan cuti sakit. Jika bank pula ada cuti ehsan jika blaku sakit atau kematian. Ni ada yg mcucuk atau bos 2 sndri yg biol. Kalau sya baik pilih anak dari kerja sebab anaklah punca kpada segala rezeki yg ada di muka bumi ini. Perlu di ingatkan bhwa rezeki Allah itu luas dan Allah yg pemberi segala rezeki bukan cmpeny biol 2. 1 hri nanti cmpeny 2 yg akan berada dlam situasi awak alami dan baru akan terasa n myesal atas apa di lakukan pda org yg pernah di anaiya dhulu.

      Reply
  7. Betul.Sebab tempat kerja isteri klau dtg lmbt 1mnt pun tolak gaji tpi klau blik lmbt satelkan kerja xbyar plak OT.Dh r elaun mkan dlu sngkut 8 bulan xbyar.1bulan rm150x8bulan.Ni skag ptongan kwsp lmbt cnth gji bln 7 byar kwsp utk bln 6.Gji pun xtentu ikut modd dia.Dulu ok tiap2 28/29hb gji dh msuk tpi kali ni melampau smpai skag 3hb blum msuk lgi.Org pun nk pkai duit gak.Bkn cmpany xde duit tpi sja lmbt byar.Kje push2 nk satel cpat client bsig2 kita yg kena.Nma je office lawyer tpi xikut LAW.Cmpany melayu cmni r jnji cm2 tpi 1 pun xpsti.Gji lmbt boleh ckp plak xmati pun klau lmbt dpt.Pas tu ckp gji suami ada boleh pkai dulu.Hotak dia.Xpikir ke org nk byar hutang smua klau lmbt kang nk kne byar bunga plak 2.Agaknya dia xpernah hdup ssah 2 boleh ckap cm 2.Klau gji aku byak dh lma suh isteri aku resign 24jam je xyah kje baik dduk umah tgk anak.Cmne nk bngkit tlog mlayu klau mlayu 2 sndri yg tindas mlayu.Agaknya bangsa melayu tpi agama x kot.

    Reply
  8. jika pekerja sedang dalam (layoff) adakah pekerja boleh nekerja dengan majikan lain serta mendapat faedah epf dan socso. Walaupun masih dapat separuh gaji dari majikan lama. Sekiranye bekerja juga dengan majikan baru. Adakah pekerja masih layak mendapat pampasan dari majikan lama?
    .

    Reply
  9. as salam..sy telah diberhentikn kerja atas alasan pihak majikan tidak menerima alasan cuti separuh hari yg sy berikan…sy telah digantong kerja selama lebih kurang sebulan sebelum ditamatkan perkhidmatan…apakah sy wajar menuntut bayaran baki cuti tahunan selama sy berkerja disyarikat tersebut…sy telah berkhidmat selama lebih kurang 8 tahun disyarikat tersebut…harap pihak JTK dpt membantu sy dlm masalah tersebut…

    Reply
  10. as salam..sy telah diberhentikn kerja atas alasan pihak majikan tidak menerima alasan cuti separuh hari yg sy berikan…sy telah digantong kerja selama lebih kurang sebulan sebelum ditamatkan perkhidmatan…apakah sy wajar menuntut bayaran baki cuti tahunan selama sy berkerja disyarikat tersebut…sy telah berkhidmat selama lebih kurang 8 tahun disyarikat tersebut…harap pihak JTK dpt membantu sy dlm masalah tersebut…

    Reply
  11. sekiranya notis berhenti adalah sebulan.tapi masih ade annual leave 20hari.tender 1hb,lastday kerja 10hb selepas tolak balance cuti.adakah gaji dibayar penuh sehingga 30hb atau sehingga 10hb shj.

    Reply
  12. Assalamualaikum..sy telah diberi notis berhenti kerja berakhir pada 19/4.adakah sy layak untuk terima ganti rugi atau pampasan san sebagainya.sy telah bekerja selama 2tahun.

    Reply
  13. Saya telah berkhidmat d sbuah syarikat gergasi penerbangan hampir 2 tahun.saya di ikat dgn kontract dimana sekiranya syarikat x berpuas hati dgn prestasi kerja atau masih blum tahu tentang kerja d tmpat tersebut mereka akn mnyambung lagi contract 1 tahun.sepatutnya 3 bulan 6 bulan dh boleh comfirm. Tapi bila tiba tarikh nk masuk ke tahun yg ke tiga saya telah mnerima pnggilan telefon dr pejabat Pegawai yg berpangkat COO dlm syarikat tersebut mngatakn cntraco saya tidak d sambung.tarikh akhir contract 10.04.2017. Tapi saya mnerima pnggilan tel tersebut pada 11.04.2017. Saya d berhntikn tanpa d beri notis 1 bulan.saya d berhentikn terus begitu saja hnya mlalui telephone.adakh ini adil bg saya.

    Reply
  14. Assalamualaikum sy nk brtanya., klau bersalin stiap majikan mesti dpt cuti bersalin kn., sbb sy lpas bersalin dan lepas berpantang terus tidak boleh berkerja dan terus dibuang kerja

    Reply
  15. Salam..sy in gin bertanya sejak.2003 sy bekerja dia sektor swasta food and bavarage(F&B)
    Dikuala Lumpur.memandangkan sy berasal dari sabah, terlebih dahulu sy salah seorang pekerja Local, warganegara. Dan yang lain adalah foreigner.. disebabkan salah faham, kes kecurian wang dalam cashier time tu sy memiliki ID kad utk bil.. namun diatas pertuduhan kehilangan wang cashier, sy telah dituduh mencuri wang tersebut. Sedangkan time itu bukan saya yang berada didalam cashier counter melainkan salah seorang manager . Oleh disebabkan terlalu buzy , manager terpaksa mengambil alih. namun menggunakan ID kad sy. Disitu berlakulah pertengkaran kerana sy telah dituduh mencuri wang tersebut.
    Oleh yg demikian, manager melucutkan jawatan sy lalu serta merta memberhentikan sy daripada pekerjaan.
    Oleh sebab itu, sy telah pergi ke jabatan tenaga kerja buruh Ampang KL Utk melaporkan kejadian tersebut.
    Laporan saya diterima dan telah disemak.. setelah berapa hari oleh kerana, sy telah kehilangan pekerjaan, dan terpaksa pulang ke kampung halaman di tawau sabah. Namun sy telah menerima surat laporan dari jabatan buruh,bahawa kes pembicaraan akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan. Dalam surat juga ada menyatakan kiraan pampasan yang sy terima atas kehilangan pekerjaan.. namun sy tidak dapat menghadirkan diri ke perbicaraan tersebut kerana faktor telah pulang ke kampung halaman..
    Selepas itu, sy tidak menerima lagi laporan susulan.sy tidak pasti samaada sy dpt menuntut kembali pampasan tersebut pada hari ini atau kes telah dibuang.. kerana majikan lama tidak dapat dikesan.
    Dan kompani telah tutup.
    Soalan,
    Tuan,
    Adakah pampasan tersebut masih boleh sy terima lagi atau tidak ada kerana telah buang kes sejak 14 tahun lalu?

    Reply
  16. Assalammualaikum dn selamat pagi..

    Sya nak tnya.?.

    Jika majikan berhenti kan perkerjaan terhadap si perkerja atas alasan si perkerja tak dpt turun ke kerja..kerna ada ahli keluarga si perkerja meninggal dunia…
    Akn tetapi majikan trsebut tetap berkeras nk berhenti perkerja tersebut…

    Pertanyaan saya di sini..
    Ada kah si perkerja itu layak memdapat pampasan…

    Reply
  17. Mohamed Nadzri

    Saya telah 3 minggu diarahkan berehat tanpa sbrang notis brtulis hanya melalui pangilan telipon…dan saya masih menunggu notis samaada saya dibuang atau d gantung…alasan kelewatan dtg brtugas dn demi menjaga nama baik syarikat….saya tdak d beri amaran bertulis….saya telah brkhidmat selama hampir 4 tahun….selama brkhidmatan tiada pemotongan kwsp dn socso…saya runsing dgn status saya skarang…harap pihak jtk ble bantu saya….

    Reply
  18. Kami diberikan notis sebulan penutupan kedai. Bolehkah kami menghabiskan baki cuti tahunan sebelum akhir bulan perkhidmatan. Jika tiada bayaran keatas baki cuti tahunan tersebut

    Reply
  19. Nak Tanya ni.. Saya kena terminate sebab masalah attend Saya. Saya kadang2 lewat masuk kerja.. manager inform yang Saya kena terminate.. Boleh ke majikan bagi tahu dia Tak nak bayar gaji Saya plus komisen Saya..

    Reply
  20. Ingin bertanya dan ambil pendapat serta apakah tindakan yg perlu saya ambil terhadap majikan..saya bekerja disektor swasta disyarikat ukur bahan sebagai Juruteknik/pembantu teknik. Pada akhir bulan Oktober 2019 saya telah diberhentikan kerja oleh majikan syarikat tersebut dengan alasan hendak tutup syarikat dan operasi oleh kerana syarikat tidak dapat lagi membayar gaji, kwsp,socso,o.t,milage,rawatan perubatan,bonus dan gaji serta kwsp,socso telah tertunggak dan tidak dibayar oleh majikan sehingga pihak KWSP telah menghantar notis saman kesalahan tidak membayar caruman KWSP pekerja. Sebagai pekerja saya telah dimakumkan oleh majikan iaitu 2 orang majikan disebabkan syarikat tersebut adalah perkongsian. Hasil drpd bersemuka dan berbicara antara saya dan majikan semunya bersetuju untuk selesaikan kes ini diluar drpd memfail atau aduan ke jab.tenaga buruh Malaysia. Sejumlah amaun bayaran telah dipersetujui utk dibayar kpd saya iaitu tunggakan gaji, kwsp, o.t&milage,charge rawatan perubatan serta bayaran pampasan pekerja yg telah berkhidmat 20 tahun akibat diberhentikan kerja. Satu Surat rasmi pemberhentian kerja telah dibuat dan dituju kpd saya berserta jumlah amaun dan cara bayaran tetapan yg perlu diselesaikan kpd saya yg telah ditandatangani oleh majikan. Namun malangnya sehingga kini masih belum selesai perkara ini.. cheque yg diberikan kpd saya berserta Surat pemberhentian kerja adalah sebagai simbolik kerana apabila saya hendak bank-in cheque tersebut majikan kata jangan bank-in lg tggu dulu dan saya diberi tarikh sekian2 br blh bank-in.. sehinggalah habis tempoh sah cheque boleh digunakan..dan dijanjikan oleh majikan akan buat bayaran secara transfer tetapi malangnya bg saya juga masih belum ditransfer atau dibayar. Untuk makluman juga saya telah hantar wasap bertanya kpd majikan dan tiada respon. Saya telah bertolak ansur dengan baik dan bersabar mengikut aturan serta ajaran sunnah tetapi pihak majikan tidak serius dan amanah serta abaikan tanggungjawab setelah perjanjian dan Surat yg dikeluarkan klu ikutkan hati memanglah…. Kini menjadi masalah bg saya yg sudah bekeluarga.. banyak lg kronologi yg hendak ditulis tetapi ini adalah sebahagian penerangan saya yg nk disampaikan..tolong bg pendapat dan tindakan yg perlu

    Reply
  21. Assalamualaikum saya ingin bertanya kepada pejabat buruh saya diberhentikan kerja tanpa memberi notis apakah patut saya buat adakah saya berhak bersuara saya dah bekerja selama 7 tahun di syarikat ini dalam masa PKP start diberhentikan 7 hari bulan 10 tahun 2020 apakah saya berhak mendapat tuntutan daripada syarikat

    Reply
  22. Saya mewakili anak saya yang berkerja disalah sebuah Anak Syarikat Perlancongan yang terdapat diNegeri Sabah, anak saya telah diberhentikan kerja (Kontrak), oleh itu saya memohon pencerahaan ketatapan kepada pihak yang berkaitan perkara ini. Difahamkan pemberhentiaan disebabkan keadaan ekonomi anak syarikt tersebut dan penularan Covid 19 yang melanda Negara ketika ini.

    Mengikut kenyataan daripada Kerajaan sebelum ini, tidak ada pemberhentian perkerja akan dilakukan oleh mana-mana agensi semasa negara/negeri dilanda Penularan Penyakit Covid 19 sekarang.

    Memohon kerjasama.

    Reply
  23. Salam…sy wakil Dr pihak suami sy ingin bertanya.baru2 nie suaminya diberhentikan kerja hanya kerana tidak mahu stay 1hari di Shah alam atas alasan kerja masih belum Setel padahal suami sy dh siapkan keje yg ditugaskan.bukan sengaja x mau stay tp pd waktu itu sy demam dan die risau jd die dh bgtau HR sebelum die pergi ke Shah alam yg die x boleh stay.berlaku sedikit pertengkaran dan sy menyuruh suami sy pergi dan selesaikan ape yg patut.bile suami sy smpi di HQ di Shah alam lain pulak cerita yg keluar Dr mulut HR merangkap Gile kuasa.suami sy seorg terpaksa menghadap HR DAN MANEGER YG MCM BGUS TP BODOH.mereka seolah2 telah berpakat utk menjatuhkan suami sy.berlaku pertelingkahan yg mane kesilapan suami sy mengeluarkan perkataan TAK ADE OTAK KE?Menjdkn isu itu pnjg.suami sy tny dgn Manager klu isteri kau sakit kau nk ke biar isteri kau tinggal padahal keje yg diberi dh siap dan x memerlukan smpi perlu stay 1 hari.si MANEGER yg bodoh tu hny angkat bahu.dan sbb tu terkeluar perkataan x de otak.suami sy ttp dgn keputusan die utk balik JB.tp HR meminta suami sy meninggalkan Sume brg JUNG…..serta van.kire HR suspended suami sy selama 14 hari than hari ke 14 suami sy diberhentikan serta merta.ape yg patut suami sy buat skrg?dgn tanggungan ank 5 org.rumah bil api air pkp lg sy jd x tau nk buat ape.

    Reply
  24. Assalamualaikum Saya ikaa
    Nak tnya sya kehilngn prkrjan atas sbb manager sya brhnti krja dan sya tiada dpat notis apa” pmbrhntian krja krna bos sya prnah ckap bwa manager baru akn mngambil kmi sbgai staf tapii manager baru pun tiada brckap apa” bwa kmi akn diambil brkrja sma dia atau tidak….Krna smpai tarikh 17.12.2020 shinggah skrng kmi tidak dpat apa” jwpan dari manager lama kmi,,,Jady snii prsoalan nya apa kh tindakan yang kmi prlu ambil dan layak kah kami untuk mndpatkn hak kmi sbgai prkrja?? Siapa yang kmi prlu buat tuntutan hak kmi dgn manager lama atau yg baru?Sekian Terima Kasih

    Reply
    • Saya syorkan lebih baik awak rujuk kes ni pda pejabat buruh berhampiran tmpat awk..nti baru awk akan tahu apa tindakkan yang perlu awk buat. Bawa kwn2 staf awk yg kna berhenti tu. Lagi ramai lagi bagus.

      Reply
  25. Macam kes aku kira dh lama..tahun 2017,sebelum negara di landa covid-19 lg..saja aku tinggal komen kt sini sebab rsa tidak puas hati. Terutama sekali tentang cara kerja pejabat buruh di kwsan tempat aku bekerjalah. Kes aku ni majikan dh tamatkan perusahaan..(Tutup kilang)jd pekerja smua ditamatkan perkhidmatan..cara nk ttp kilang pn xikut undang2 buruh..esk nk ttp hari ni bru lekat notis…biasalah dh jd adat klu majikan orang melayu ni..suka ambil mudah..!!sebab tu selalu je ada msalah klu org melayu jd bos! Klu nk cerita memg panjang…lgpun aku mls nak taip byk2 sb rsa rugi je. So bila dh majikan cma pndai berjnji je tp xtunaikan…maka aduan terus smpai pjbat buruh…igt rsa terbela sikit lah hak2 sebgai pekrja kilang ni bila buat aduan dkt pjbat buruh. Rupa2nya pejabat buruh pun main tarik tali jgk…depan2 cakap lain..bila blkng terus diam..smpai kes bwa smpai ke mahkamah buruh..kira kes berjaya..majikan pn bersetuju utk membayar pampsan sebyak tersebut..bukti2 surat menyurat semua ada. Jumlah majikan perlu byar..tp bila smpai tarikh pembayaran tu majikan pula tak datang..bila call tak angkat..pada msa sma pegawai pjbat buruh yg ambil kes pn xdtg jgk dkt pjbat..jadi kes aku ni senyap mcm tu je sampai lah ke hari ni..dh 3 tahun berlalu..semua hanya tinggal janji..pejabat buruh sungai petani..cukup mengecewakan..!!

    Reply
  26. Helo saya telah dibuang kerja dalam 24jam sedang kan majikan kata jika saya mengaku kesalahan dalam disiplin kerja…hukuman akan diringakan tetapi malahan saya dibuang kerja dalam 24jam sewaktu sa off day apakah patut sa buat dan adakah sampai sekarang sa masih bole menerima apa2 pampasan

    Reply
  27. Assalammualaikum

    Saya pegurus projek sebuah syarikat swasta.setelah berkhimat hampir 15 tahun Tanpa sebarang masalah Dan laksanakan tanggungjawab memastikan keuntungan tahap cemerlang. Dukacita dimana konflik keluarga berlaku Dan disebab kan tekanan kerja oleh pihak atasan Dan individu tertentu dan ditindas hingga trauma kerana dimana ujian air kencing saya disahkan positif dadah setelah Kali ledua ujian dibuat. Saya Di arahkan keliar premis syarikat sertaerta fan kbali seleoas lapan Hari untuk hadir perbincangan pembelaan. Tekanan Dan Rasa tidak puas hati dimana usaha gigih Dan Jasa saya berkhimat selama 15 tahun bekerja diluar pantai hingga korbankan masa bersama keluarga dimana pihak majikan Masih cari Dan menuajahkan saya walaupun saya bagi Alasan tekanan Dan kesihatan saya stabil. Dengan hati Yang marah saya buat keputusan berhenti kerja Dan pihak majikan terus berhentikan saya serta meets Tanpa pampasan .minta pandangan dimana ISU yg saya hadapi ini boelhkah saya buat tuntutan pampasan kerana saya trauma untuk bekerja Di hidang Yang sama Dan menjadi Muflia?

    Reply
  28. Hello salam sejahtera
    Saya ingin bertanya,saya di berhentikan Bekerja sekaligus dipulangkan ke Indonesia dikarenakan saya telah melanggar peraturan pekerja dan saya hanya ingin menuntut Hak saya seperti uang potongan setiap bulannya tetapi company tidak membagi nya sementara saya sudah dipulangkan,apa yang saya harus perbuat?

    Reply
  29. Assalamualaikum.sy ingin bertanya.sy diberhentikan dengan alasan cuti tanpa sebb.sy cuti 2 hari berturut turut kerana terlibat dlam kemalangan.namun tak boleh dibuktikan dengan surat menyurat.kerana tangan saya teeseliuh.namun tak terlihat jelas.ade ape2 yg saye boleh buat ke.

    Reply
  30. Aslmkm.. apa tindakan yg boleh pekerja ambil jika mudah2 majikan memberi notis berhenti kerja dengan alasan tingkah laku? Atas tuduhan sengaja masukkan minyak petrol ke dlm tangki lori. Padahal itu lori yg kita bawa sendiri.. tak masuk akal kita suka2 nak rosakkan lori yg kita bawa dgn pghantaran jauh hari2.. sy syak ada isu sabotaj di sini, berikutan pihak atasan asyik tidak berpuashati kerana sy pulang lewat kadang hingga larut malam, kita bukan suka2 lewat dgn tempat pghantaran dan pungut barang yg jauh. Bukan d bayar gaji kerja lebih masa pun untuk saja2 lewat.. sudah bekorban masa bkerja pun di aniaya begini.. apakah hak saya sebagai pihak yg mmg tidak bersalah? Lori nampak x berapa ok sejak 1 2 mggu.. macam susah start dn mudah mati, hantar bgkel , atasan kata saya sudah campurkan minyak petrol ke dlm tangki diesel.. ini satu pganiayaan.. krn sy langsung tidak terfikir perkara ini, apetah lagi niat nak lakukan, bagai masukkan pasir ke dlm periuk nasi sendiri. setiap kali tuang minyak pun di pump diesel.. resit pun diesel.. bagaimana ada isu sy masukkan petrol??
    Apakah hak sy sebagai yg teraniaya.. sudah lagi 4 hari gaji dia bagi notis buang kerja ats alasan tingkah laku. Kejamnya!. Tidak ada hati perut. Anak 4 5 org mau bagi makan apa..hujung bulan di aniaya

    Reply
  31. Jika pekerja diberhentikan kerja sertamerta.Apakah hak-hak sebagai pekerja yang harus dituntut terhadap majikan.

    Reply
  32. Assalam mualaikum,, kalau macam saya yang baru bekerja 5 bulan dan diberhentikan serta merta,, apa kah yang patut saya tuntut dengan pihak company saya.

    Reply
  33. Saya dibuang kerja, diberi notis satu bulan dgn alasan sy tidak buat kerja, dan sy tak pernah dapat apa2 warning letter sebelum ni dan dlm tempoh berkenaan semua kerja sy sebelum ni diambil alih orang lain, pc sy juga diambil dan sy tidak dibenarkan buat apa2 kerja sedangkn sy masih ada tempoh sebulan lagi utk bekerja dan sy dilayan seperti orang yg tiada harga diri, sy rasa dianiaya oleh majikan sy. Adakah betul tindakan majikan sy dan ada ke cara utk saya membela diri.

    Reply
  34. Apa pelu sy buat sy..?sy dah kerja selama 11 bulan tpi slip gaji kompeni x pnah bg dan skrg sy dibuang kerja tampa sebarang notis

    Reply
  35. Kalau umur dah lanjut… Dan company tidak Sudah mahu gunakan perkhidmatan kita macam mana pula tu ya… Umur 77 tahun kerja kilang kayu… Ada kah boleh terima pampasan dari majikan atau sebaliknya. Terima kasih

    Reply
  36. Sy bekerja di bawah kontrak slma 8 thun..kontrak biasany renew stiap thun..sy tak pernah dpt komplen dri mna2 pihak slma sy bekerja..tpi pd thun ini sy sy tak disambung kontrak bukan sebab disiplin kerja tetapi ats sbb mempertahan kn hak..adik sy pn bekerja dlm bidang yg sma(promoter) mlng ny adik sy dijangkiti covid pd buln ogos lalu..tahap 4..jangkitan dri premis kerja..adik sy x dpt mneruskn kerja krna post covid..adik sy minta smbung unpaid leave selama sbuln krn membuat rawatan post covid..tp majikan memberi 3 option
    1.klau ambil upl kne ambil tris 3 bln shingga december
    2.klau tak nk smpai 3 bln,kne start keja besok(sedang kn adik sy ssh nk bernafas bergntung pd gas oksigen)
    3.klau ambil upl 3 bln adik sy kne serta kn surat letak jwtn..
    Sy meminta ikhsan dri client mandng kn sy bekerja melalui company third party..
    Project manager dan supervisor sy tidak berpuas hti krn sy minta ikhsan client..
    Smlm jam 7.15pm 30 nov supervisor dtg ke outlet sy bekerja untuk minta sy sign notis di tamat kn kontrak hjung bln 12 nti..
    Sy tidak sign surat itu..apakah yg perlu sy laku kn

    Reply
  37. Assalamuaikum,
    ptt ka cmpny potong gaji 34 rtus kalu sari x mai keja..kita brkerja dngan cmpny bkn berkerja conterek join cmpny..sari x mai akibat sakit di potong gaji sbnyk 2..tolong pkq sat ptt ka x?

    Reply
  38. Asaalamualaikum..
    Saya nursyafiq..
    Saya nk tanya satu banda utk kepastian..
    Saya memohon kerja dgn sbuah syrikat sebagai (Driver Van)
    Pekerja…
    Tetapi skop kerja yg diberikan bukan hnya sbgai Van Driver tetepi..
    Cmpny juga mengarah kan saya melakukan kerja lain
    Sprt:
    1)menampal iklan jwatan kosong
    2)Masuk kerja dlm kilang sbg operator pgeluaran..
    Dan abapila saya menolak tugasan yg diberikan(kerja dalam kilang/operator)
    Saya terus di arahkan utk myrahkan Kunci Van dn secara automtik saya dibrhntikan krja sbp Driver van…
    tanpa sebarang NOTIS..
    Hanya diarahkan secara lisan(percakapan)
    Perlu atau tidak saya mgambil tndakan undg2 trhadap bekas mjikan..
    Dan apa yg sepatutnya saya perlu lakukan…???

    Reply
  39. Asalamualaikum..
    Saya deby warga indonesia bekerja di restoran mamak,
    Saya tinggal di asrama pekerja bersama yang lain termasuk meneger, saya bawa anak berumur 2tahun tinggal bersama, 1malam anak saya demam panas dan kejang kejang sampai keras, saya ketuk pintu meneger dan menjerit meminta tolong, meneger xbangun tapi sebelah kamar saya yang bangun dan tolong saya, jam 3pagi anak saya xtau nak pergi mana, saya berlari pergi KK market beli ubat bersama anak yang separuh sadar, esok nya saya cuti kerja menjaga anak saya, meneger ketuk pintu suruh saya kosong kan bilik saya, saya terkejut dalam keadan saya yang xde duit dan anak sakit dia halau saya dan berhentikan saya dari pekerjaan saya,
    APA YANG SAYA BOLEH BUAT,
    SAYA TIDAK DAPAT MENERIMA CARA DIA HALAU SAYA🙏
    SAYA

    Reply
  40. Assalammualaikm..sy nak bertanya..saya bekerja dalm indastri lbh kurang 10tahun..dan sy bekerja dengan majikan baru..dalam 6tahun..dan sy di berhentikn kerja tanpa notis..apakah tindakan yg perlu saya ambil..

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!