Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia pada 16 Disember 2020 ni? Selain jawatan Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pegawai Penyelidik Q41. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Penyelidik Q41.

Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29

Gaji Pegawai Penyelidik Q41

Sebagai calon yang memohon Pegawai Penyelidik Q41, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pegawai Penyelidik Q41 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pegawai Penyelidik Q41, basic-nya adalah RM2,315.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Pegawai Penyelidik Q41 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Jurugeospatial J41

12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

1) Saya mudah berasa terganggu apabila orang lain mengatur kerja saya.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan perkataan.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya kurang selesa apabila ada tetamu yang sering datang ke rumah.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya amat risau andai kawan saya gagal.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya kurang peka terhadap perubahan alam sekeliling.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya amat peduli jika kawan saya mengalami kekecewaan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya mengemas katil dan tempat tidur hanya selepas mandi.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya akan bersungguh-sungguh membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya tidak gemar berkawan dengan orang yang suka ambil mudah terhadap janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Seperti harimau menyembunyikan kukunya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

12) Berapa kalikah putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?

A. 180
B. 150
C. 120
D. 60

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pegawai Penyelidik Q41 ini. Boleh dapatkan rujukan psikometrik Pegawai Penyelidik Q41.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pegawai Penyelidik Q41. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 Yang Betul

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Juruukur J41

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.

Jawab BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 ini.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pegawai Penyelidik Q41 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Rujukan tambahan : Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek – buat latih tubi.

Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41
Beli Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

Atau,

Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41

Apa tugas Pegawai Penyelidik Q41?

1) menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

2) menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

3) melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Basic gaji Pegawai Penyelidik Q41

Basic gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41 ialah RM2,315.00.

Penutup

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pegawai Penyelidik Q41.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q41.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!