Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

Adakah anda calon yg dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 (Sains Alam Sekitar) pada kali ni? Ini untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dah sedia ke tu? Kalau belum, jangan risau. Sebab di bawah dikongsikan contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 untuk kemudahan rujukan anda sebelum hadir ujian psikometrik itu nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

Nota Penting: Bagi anda yg dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q9 pada 7 Januari 2025 – 16 Januari 2025 ini (untuk penempatan di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara) dan pada 6 Januari 2025 – 29 Januari 2025 ini (untuk penempatan di Jabatan Perikanan Malaysia). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pegawai Penyelidik Q9 ini.

Sebelum itu, bagi yg terlibat dengan peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q9. Jangan sesiakan peluang yg diberi. Persediaan rapi perlu dilakukan. Baca beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q9 ini sekarang!

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Penyelidik Q9.

Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C5

Kekosongan Jawatan Pegawai Penyelidik Q9 Tahun 2025

Mengenai jumlah kekosongan jawatan, hebahan yang dikeluarkan SPA ialah iklan bertarikh 04 Januari 2024 untuk pengambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dinyatakan bahawa jumlah Pegawai Penyelidik Q9 (Sains Alam Sekitar) yg diperlukan cuma 1 kekosongan. Calon simpanan pula adalah sekitar 5 kekosongan sahaja.

Satu lagi, iklan SPA bertarikh 06 Januari 2024 untuk pengambilan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Dinyatakan jumlah Pegawai Penyelidik Q9 yg diperlukan di NAHRIM adalah seramai 2 orang. Calon simpanan pula adalah 10 kekosongan sahaja.

Manakala, iklan SPA bertarikh 09 Januari 2024 bagi pengambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dimaklumkan jumlah Pegawai Penyelidik Q9 (yang ini bukan Genetik) yg diperlukan di adalah seramai 3 orang. Calon simpanan pula adalah 13 kekosongan sahaja.

Iklan SPA bertarikh 20 Jun 2024 untuk penempatan di Agensi Angkasa Malaysia. Dimaklumkan jumlah Pegawai Penyelidik Q9 (Kejuruteraan Elektrik – Telekomunikasi) yg diperlukan di adalah seramai 1 orang. Calon simpanan pula adalah 5 kekosongan sahaja.

Dan terkini, ialah iklan SPA bertarikh 26 Jun 2024 untuk penempatan di Agensi Angkasa Malaysia. Dimaklumkan jumlah Pegawai Penyelidik Q9 (Kejuruteraan Sistem Komputer Dan Komunikasi) yg diperlukan di adalah seramai 1 orang. Calon simpanan pula adalah 5 kekosongan sahaja.

Ini satu jumlah yang amat sedikit kalau mengambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 ini oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan anda pada perkongsian ini.

Semakan Panggilan Ujian Psikometrik

  • Pegawai Penyelidik Gred Q9 (Sains Alam Sekitar)
    (Jabatan Perkhidmatan Veterinar)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : Belum Diumumkan]

Gaji Pegawai Penyelidik Q9

Sebagai calon yang memohon Pegawai Penyelidik Q9, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pegawai Penyelidik Q9 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pegawai Penyelidik Q9, basic-nya adalah RM2,315.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Pegawai Penyelidik Q9 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Semakan keputusan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9

Bagi yang dah menduduki ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 pada sesi-sesi yang lepas, keputusan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 sudah dikeluarkan oleh pihak SPA.

Semakan keputusan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 boleh dibuat melalui pautan berikut:

Tahniah diucapkan kepada yang telah berjaya. Kini fokus anda hendaklah diarahkan kepada sesi temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q9 yang akan dijadualkan kemudian.

Bagi yang baru nak duduk ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q9 ni, kalau nak lulus juga maka teruskan membaca.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Jurugeospatial J41

12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

1) Saya mudah berasa terganggu apabila orang lain mengatur kerja saya.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan perkataan.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya kurang selesa apabila ada tetamu yang sering datang ke rumah.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya amat risau andai kawan saya gagal.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya kurang peka terhadap perubahan alam sekeliling.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya amat peduli jika kawan saya mengalami kekecewaan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya mengemas katil dan tempat tidur hanya selepas mandi.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya akan bersungguh-sungguh membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya tidak gemar berkawan dengan orang yang suka ambil mudah terhadap janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Seperti harimau menyembunyikan kukunya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

12) Berapa kalikah putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?

A. 180
B. 150
C. 120
D. 60

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pegawai Penyelidik Q9 ini. Boleh dapatkan rujukan psikometrik Pegawai Penyelidik Q9.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pegawai Penyelidik Q9. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA5

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 Yang Betul

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Juruukur J9

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N1

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.

Jawab BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 ini.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pegawai Penyelidik Q9 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Rujukan tambahan : Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek – buat latih tubi.

Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9
Beli Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9

Apa tugas Pegawai Penyelidik Q9?

Tiga skop utama tugas Pegawai Penyelidik Q9 adalah seperi berikut:

1) menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R&D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.

2) menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.

3) melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Berapakah basic gaji Pegawai Penyelidik Q9?

Basic gaji Pegawai Penyelidik Gred Q9 ialah RM2,315.00. Belum termasuk elaun.

Penutup

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pegawai Penyelidik Q9.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q9.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Leave a Comment

error: Content is protected !!