Apakah objektif dan matlamat utama sesi interview dijalankan? Sebelum menghadapi sesi interview untuk jawatan awam, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusaha untuk mencapai ke arah matlamat itu.
Kebolehan berkomunikasi
Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu.
Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda.
Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.
Perwatakan diri
Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda.
Sekiranya anda hadir interview dengan wajah yang bengis atau muram dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan yang tidak memberangsangkan terhadap keputusan interview anda.
Kelayakan untuk jawatan
Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak.
Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu.
Meninjau Semangat & komitmen
Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu.
Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap interview itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja atau jawatan yang ditawarkan.
Jadi sudahkah anda bersedia menduduki interview? Peluang hadir tidak sering, gunakanlah sebaik-baiknya.