Cara Memohon e-Pengambilan PDRM

Pasti ada di antara anda yang ingin menjadi seorang anggota polis tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk memohon jawatan tersebut. Justeru, bagi anda yang ingin memohon jawatan sebagai anggota polis tetapi tidak mengetahui platform yang betul untuk memohonnya, maka di sini akan dikongsikan cara memohon e-Pengambilan PDRM.

Cara Memohon e-Pengambilan PDRM

Di Malaysia, selain tentera udara, tentera darat dan tentera laut yang sering menjadi perhatian anak-anak muda, Pasukan Polis Diraja Malaysia atau PDRM juga sering menjadi perhatian umum dek kerana cara mereka yang tangkas menangani jenayah.

Oleh kerana itu, ramai anak-anak muda yang ingin berhasrat untuk menjadi salah satu anggota polis, baik daripada golongan lelaki mahupun golongan wanita.

Baca: Pendaftaran MUET 2023 Online Bagi Sesi 1, 2 Dan 3

Apa itu e-Pengambilan PDRM?

Mungkin ada di antara anda yang masih tertanya-tanya apa itu e-Pengambilan PDRM. Untuk pengetahuan semua, e-pengambilan PDRM ialah sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang akan mengendalikan segala urusan pengambilan dan permohonan jawatan polis yang telah ditawarkan secara sistematik.

Bukan itu sahaja, laman web e-Pengambilan PDRM ini juga boleh membuat semakan status panggilan pada tarikh yang telah dimaklumkan sama ada cepat mahupun lambat.

Justeru, pemohon yang memiliki kelayakan boleh membuat permohonan dan membuat semakan panggilan pada laman web yang dinyatakan iaitu e-Pengambilan PDRM.

Setelah mengetahui serba sedikit tentang apa itu e-Pengambilan PDRM, jom kita lihat pula cara pendaftaran e-Pengambilan PDRM melalui portal rasminya.

Baca: Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Dengan Cepat

Cara pendaftaran e-pengambilan PDRM

Berikut merupakan caranya..

1. Masuk ke portal e-Pengambilan PDRM. Kemudian klik butang pendaftaran.

2. Isikan semua maklumat pengguna kemudian klik hantar. Setelah itu, tunggu dan semak emel untuk mengaktifkan akaun.

3. Jika tidak menerima emel, buka semula laman e-Pengambilan dan klik ‘tidak terima emel pengaktifan id’.

4. Jika lupa kata laluan, anda boleh klik pada lupa kata laluan.

5. Seterusnya, jika anda tidak menerima emel untuk kata laluan baru, maka klik pada tidak menerima emel pemulihan kata laluan.

Ini merupakan cara bagaimana anda perlu mendaftar akaun e-Pengambilan PDRM. Bila dah daftar, baru boleh mohon. Di bawah adalah cara memohon atau mengisi borang permohonan e-Pengambilan PDRM.

cara memohon e-Pengambilan PDRM

1. Klik pada bahagian permohonan polis iaitu permohonan baru. Kemudian pastikan semua maklumat peribadi, keluarga, akademik dan ko-kurikulum diisi dengan betul dan tepat.

2. Seterusnya, pada bahagian permohonan jawatan, anda perlu memilih jawatan yang telah ditawarkan pada ruang tersebut.

3. Setelah anda selesai memilih jawatan yang ingin di mohon, anda boleh mengklik butang simpan sebelum pergi ke langkah seterusnya.

4. Kemudian, pada bahagian pengakuan, anda di kehendaki memilih setiap pengakuan pemohon.

5. Setelah selesai, anda boleh pergi pada bahagian pengesahan. Kemudian anda boleh menghantar borang berkenan. Namun diingatkan untuk memastikan segala maklumat diisi dengan betul kerana apabila sudah di hantar maklumat yang salah tidak dapat dikemaskini semula.

6. Jika segala maklumat sudah betul dan anda berpuas hati, maka anda boleh klik butang hantar permohonan.

Justeru, ini merupakan antara cara bagaimana anda memohon jawatan sebagai anggota polis melalui laman web atau portal e-Pengambilan polis. Oleh itu, ini merupakan cara memohon e-Pengambilan PDRM yang perlu anda ketahui.

Kesimpulannya, bagi anda yang berminat untuk menjadi anggota polis, namun tidak mengetahui medium yang betul atau cara yang betul untuk memohonnya, maka anda boleh pergi ke laman web atau portal e-Pengambilan PDRM.

Pada portal tersebut, anda boleh membuat permohanan untuk menjadi salah satu anggota PDRM. Maka di atas ini telah dikongsikan cara memohon e-Pengambilan PDRM beserta dengan cara untuk mendaftar e-Pengambilan bagi mereka yang belum pernah berdaftar di e-Pengambilan PDRM.

Jadi, adalah diharapkan kepada mereka yang ingin menjadi salah satu anggota PDRM, anda bolehlah menggunakan cara tersebut untuk memohon jawatan berikut. Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memohon jawatan melalui e-Pengambilan PDRM.

Leave a Comment

error: Content is protected !!