Contoh Email Permohonan Kerja (Cuba Dulu, Mana Tahu Berjaya)

Bagi para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM, graduan universiti dan sebagainya, pasti ada di antara anda yang berhasrat untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Namun begitu, peluang bekerja dalam sektor kerajaan sangat lah terhad dek kerana tidak semua orang akan di terima dalam sektor kerajaan. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang sangat inginkan kerja, tak kisahlah dalam sektor kerajaan mahu pun swasta, korang digalakkan untuk mencuba nasib memohon kerja-kerja tersebut. Cubalah hantar email, siapa tahu kan. Tuah ayam, nampak di kaki. Jom lihat 4 contoh email permohonan kerja di bawah..

Contoh Email Permohonan Kerja (Cuba Dulu Mana Tahu Berjaya)

Jika rezeki berpihak kepada korang, berkemungkinan korang akan diterima bekerja. Namun begitu, sebelum korang akan di temuduga, korang perlulah menghantar permohonan kerja terlebih dahulu untuk majikan membuat penilaian terhadap diri korang terlebih dahulu.

Baca: 8 Punca Stress Di Tempat Kerja!

Untuk pengetahuan semua, selain penghantaran surat melalui pos, korang juga boleh memohon kerja melalui penggunaan email. Hal ini dikatakan demikian kerana, email merupakan salah satu aplikasi yang berfungsi sama seperti surat tetapi ianya berbeza dari segi penghantaran di mana ianya di hantar melalui internet kepada penerima. Korang hanya memerlukan email penerima sahaja untuk menghantar surat atau emel permohonan kerja.

Selain itu, jika di lihat, pada masa kini, penggunaan teknologi yang semakin berkembang pesat juga mempengaruhi kebanyakkan majikan agar lebih gemar membuat pemilihan awal untuk mencari pekerja baru melalui emel.

Oleh kerana itu, bagi korang yang ingin memohon kerja kerajaan atau swasta sekalipun, korang perlulah mengetahui cara yang betul untuk menghantar permohonan pekerjaan melalui emel. Justeru itu, di sini akan dkongsikan 4 contoh email permohonan kerja yang perlu korang ketahui.

Contoh Email Permohonan Kerja (Contoh 1)

Tajuk Email: PERMOHONAN KERJA SEBAGAI GURU GANTI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan,

Saya Ali bin Ahmad ingin memohon untuk mengisi jawatan sebagai Guru Ganti
seperti yang diiklankan melalui laman web yang diberikan.

Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Malaysia dari Universiti Malaya
dan telah bergraduasi pada 25 Julai 2021.

Disini, saya sertakan bersama resume untuk rujukan pihak Tuan.
Saya juga boleh dihubungi di talian +60012-xxxxxxx atau melalui emel
Ali@gmail…

Sekian, Terima Kasih
Ali bin Abu

Contoh Email Permohonan Kerja (Contoh 2)

Tajuk email: PERMOHONAN KERJA SEBAGAI PERSONAL MySTEP

Tuan/puan

Saya Ahmad bin Abu, 23 tahun baru sahaja menamatkan pengajian di UiTM
Puncak Perdana dan telah bergraduasi pada November 2020 dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

Saya amat berminat untuk memohon jawatan yang tuan puan iklankan iaitu sebagai personal MySTEP. Oleh itu, saya telah pun menyediakan resume beserta sijil yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan puan.

Segala maklum balas dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan tuan/puan boleh hubungi saya melalui emel dan nombor telefon yang tertera.
Tel:
Emel:

Sekian, Terima Kasih.

Ahmad bin Abu

Contoh Email Permohonan Kerja (Contoh 3)

Tajuk Email: PERMOHONAN KERJA SEBAGAI AKAUNTAN

Assalamualaikum,

Tuan/Puan

Saya Abu bin Hakim ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai akauntan seperti yang diiklankan di laman web yang tertera.

Saya dari Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan lulusan Pengajian Ijazah Sarjana Muda Akauntan dan bakal bergraduasi pada Mac 2021.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya sekarang di dalam tempoh training di Syarikat …………untuk tempoh kontrak.

Di sini, saya sertakan resume bersama dokumen yang lain yang telah diminta oleh pihak Tuan/Puan sebagai rujukan.

Saya boleh dihubungi di talian 012xxxxxx atau melalui email di alamat abu@gmail….

Sekian, Terima Kasih.

Abu bin Hakim

Contoh email permohonan kerja in english

Tajuk Email: APPLICATION FOR [NAMA JAWATAN YG DIIKLANKAN]

Dear Hiring Manager,

I was quite intrigued in reading the job advertisement for [nama jawatan yg diiklankan]. I believe my expertise is a good fit for the requirements of this position, and I’m excited to submit my application.

My most recent [masukkan jawatan yg anda sedang sandang di sini], in which I [terangkan diskripsi tugas semasa anda]. Furthermore, [masukkan kemahiran yang anda ada].

My resume is attached to this letter. I hope you will discover more about my history, education, accomplishments, and accolades as a result of it.

Please let me know if there is anything else I can do to assist you. I eagerly await your response to this possibility.

Thank you for taking the moment to read this.

Hakim bin Abu
012-xxxxxxxxxx.

Di atas ini merupakan antara 4 contoh email permohonan kerja (3 contoh email permohonan kerja dalam Bahasa Melayu dan 1 contoh email permohonan kerja in english) yang boleh korang pelajari atau gunakan semasa memohon kerja.

Masih banyak lagi contoh permohonan kerja melalui email yang boleh korang pelajari. Namun begitu, ketiga-tiga contoh yang disertakan ini sudah cukup untuk membantu korang dalam menjana idea bagi menulis emel untuk memohon kerja.

Leave a Comment

error: Content is protected !!