Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Sains Gred C9 (Forensik) yg akan diadakan pada 8 April 2026 ini? Selain jawatan Pegawai Penyelidik Q9, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pegawai Sains C9. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Sains C9.
Nota Penting: Bagi anda yg bertuah dapat panggilan ke sesi temuduga Pegawai Sains C9 (Kaji Serangga) yg telah ditetapkan pada 19 Mei 2026 – 22 Mei 2026 ini dan sesi temuduga Pegawai Sains C9 (Forensik) pada pada 3 Jun 2026 – 9 Jun 2026 ini. Adalah disyorkan agar anda mendapatkan maklumat penting mengenai temuduga ini di contoh soalan temuduga Pegawai Sains C9 ni.
Kekosongan Jawatan Pegawai Sains C9 Bagi Tahun 2026
Mengenai pengambilan Pegawai Sains C9, jumlah kekosongan jawatan, berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 31 Disember 2025, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Sains C9 (Forensik) di Kementerian Kesihatan Malaysia (calon Sabah dan Sarawak) adalah sebanyak 3 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 3 orang.
Manakala, iklan SPA yg juga bertarikh 31 Disember 2025, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Sains C9 (Kaji Serangga) di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 4 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 4 orang.
Tidak perlu ditekankan lagi, betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Semakan Ujian Psikometrik SPA
- PEGAWAI SAINS GRED C9 (FORENSIK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 8 Apr 2026]
Pautan semakan:
Gaji Pegawai Sains C9
Sebagai calon yang memohon Pegawai Sains C9 sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pegawai Sains C9 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.
Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C5
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pegawai Sains C9, basic-nya adalah RM2,317.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Pegawai Sains C9 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9
1) Saya mudah berasa terganggu apabila orang lain mencampuri kerja saya.
A. Betul
B. Salah
2) Saya lebih banyak mendengar daripada mengeluarkan pendapat.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Saya suka apabila ada tetamu yang sering datang ke rumah.
a. Setuju
b. Tidak Setuju
4) Saya tak risau andai kawan saya gagal.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Saya cukup peka terhadap perubahan alam sekeliling.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya tak peduli jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap jaga tepi kain pula.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya mengemas katil dan tempat tidur hanya selepas mandi dan bersarapan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan bersungguh-sungguh membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan benar pada bila-bila masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tak kisah berkawan dengan orang yang suka ambil mudah terhadap janji.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Peribahasa ‘Bagai hujan jatuh ke pasir’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
12) Berapa kalikah putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?
A. 180
B. 150
C. 120
D. 60
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pegawai Sains C9 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.
Update: Bermula ujian psikometrik sesi Jun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk matematik ke dalam ujian psikometrik. Harap maklum.
Selain itu, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab dan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Sains C9 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Pegawai Sains C9.
Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pegawai Sains C9. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Penguasa Bomba KB5
Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9 Yang Betul
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pegawai Sains C9, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pegawai Sains C9 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Penyelidik Q9
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.
Jawab BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Serem tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik Pegawai Sains C9 ini.
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pegawai Sains C9 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pegawai Sains C9 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Rujukan tambahan : Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J9
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?
Jawapan pendek – buat latih tubi.
Sebab itulah anda amat disarankan utk mendapatkan rujukan umum ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik..
Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pegawai Sains C9. Ini merupakan rujukan umum. Rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA. Peringatan: Adalah lebih baik anda hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)
Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pegawai Sains C9? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:
Atau pun,
Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!
Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Pegawai Sains C9).
Selain itu,
Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada 8 sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pegawai Sains C9 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Pegawai Sains C9 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?
AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.
Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!
Korang rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Pegawai Sains C9). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya
Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.
6) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya.
Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perikanan G5
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9?
Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi) Pegawai Sains C9, ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).
Adakah Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9 mempunyai status lulus atau gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon jawatan Pegawai Sains C9 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pegawai Sains C9 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga. Contohnya jika kekosongan Pegawai Sains C9 ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian psikometrik.
Penutup
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pegawai Sains C9.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Sains C9 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C9.
Selamat menduduki ujian psikometrik!