Adakah anda dipanggil ke ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah Gred S5 ambilan Agensi Antidadah Kebangsaan pada kali ni? Selain jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP5, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik (Ujian SPiER) ialah Penolong Pegawai Antidadah S5. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 untuk kemudahan rujukan anda sebelum hadir ujian SPiER itu nanti.
Isi Kandungan
Ujian psikometrik atau (ujian SPiER) ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Antidadah S5.
Nota Penting: Sebelum itu, bagi yg dah berjaya melepasi Ujian SPiER ini dengan jayanya. Cabaran getir seterusnya yg anda kena hadapi ialah sesi temuduga Penolong Pegawai Antidadah S5 untuk penempatan di Agensi Antidadah Kebangsaan yang dijadualkan pada 2 Februari 2025 – 13 Februari 2025 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga Gred S1 boleh anda baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Antidadah S5 ini.
Kepada anda yg baru sahaja dapat panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Antidadah S5 (calon Semenanjung) utk ambilan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yg dijadualkan pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Antidadah S5.
Untuk anda yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penolong Pegawai Antidadah S5 bagi ambilan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 15 Februari 2024 – 16 Februari 2024 ini. Apa yang berlaku di sana sebenarnya? Dan apa persediaan perlu dibuat? Baca di ujian fizikal Penolong Pegawai Antidadah S5.
Semakan Panggilan Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) AADK
- Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
(Agensi Antidadah Kebangsaan)
(Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER))
[Tarikh Peperiksaan : 11 Mac 2024]
Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER AADK)?
Pada asasnya, ujian SPiER AADK ini adalah mirip kepada ujian psikometrik. Amat-amat mirip sebenarnya. Ia merupakan satu ujian psikologi sebagai kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu. Aspek yg dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah AADK.
Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) telah diumumkan perlaksanaan pada tahun 2018 lepas oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Dan Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2019. SPIER AADK dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.
Secara asasnya, Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) adalah seakan sama dengan Ujian Psikometrik yang biasanya dijalankan selepas calon melepasi tapisan peperiksaan online pihak SPA. Tetapi pihak AADK mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengandalikan penilaian yang lebih hampir jiwa dan keperluannya dengan jawatan di agensi bawah AADK.
Antara ujian SPIER yang berjalan sebelum ini adalah SPiER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kali ini akan menggunakan Ujian SPiER bagi tapisan ambilan PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S5.
Peperiksaan akan dijalankan terus melalui laman sesawang rasmi pihak AADK iaitu:
https://psikom.moha.gov.my/spier/
Gaji Penolong Pegawai Antidadah S5
Sebagai calon yang memohon Penolong Pegawai Antidadah S5, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah S5 termasuk di dalam kategori Sokongan dan Pelaksana.
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,650.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM145.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Penolong Pegawai Antidadah S5 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5. Maknanya anda memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP5
11 Contoh Soalan Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5
1) Apabila ada individu yang agak mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Walau di mana saya berada, saya mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, saya harus bersikap positif.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
4) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha terlalu keras.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Peribahasa ‘air dicincang takkan putus’ sudah tidak releven pada masa kini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh dan membuang masa.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya tidak mahu dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil duit.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Idea saya terlalu banyak, apa yang sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah amat membebankan saya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Saya suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, kerana ia akan menyenangkan kerja saya.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
C. 115
D. 125
Ehh.. Apesal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 juga turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.
Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Penolong Pegawai Antidadah S5 ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).
Tips Menjawab Soalan Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapi ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 yang akan anda duduki kelak.
Pilih Lokasi Menjawab Ujian SPiER Yang Betul
Oleh kerana ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas dalam ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 ini.
Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemeriksa Kereta Motor AB1
Selami Sikap Baik Anda
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini..
Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian SPiER ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Akan tetapi, bagi ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5, itu semua poyo! Sebab itu semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian SPiER ini.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA5
Mari kami berikan satu contoh supaya anda faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan ujian SPiER.
Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.
Jawab: Sama ada A) YA atau B) TIDAK.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Takut tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan Psikometrik/SPiER, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Veterinar G1
Ketekalan Dalam Menjawab Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5
Kami percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon lain ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin ketiga ini.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.
Mustahil?
Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Penolong Pegawai Antidadah S5 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak.
Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?
Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Ahh.. sudah.
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!
Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Jadi, persoalannya sekarang ialah..
Baca : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Psikologi S5
Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5?
Anda mesti. Anda wajib. Anda harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5!
Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5?
Dan
Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5?
Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak.
Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik di bawah. Kenapa anda amat perlukan rujukan ini? Kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan ujian SPiER / psikometrik
✓ 200 contoh soalan SPiER / Psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Terkini, calon-calon Penolong Pegawai Antidadah S5 dikehendaki menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER AADK).
Tapi ideanya ialah – lebih baik hadir ujian SPiER ini dgn sedikit persiapan, daripada hadir tanpa apa-apa persediaan!
Boleh dapatkan rujukan psikometrik di atas. Sedikit sebanyak ia akan membantu dan memberi anda idea bagaimana ujian psikologi ini disoal.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan SPiER / Psikometrik Ni?
Ada enam sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan umum SPiER / psikometrik ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan SPiER / psikometrik ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan SPiER / psikometrik ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri SPiER / psikometrik yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan umum SPiER / psikometrik (yg sesuai digunakan oleh calon ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 ni). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa ujian psikometrik je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan SPiER / psikometrik dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar ujian SPiER / psikometrik. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan SPiER / psikometrik yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik ni masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!
5) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan ujian SPiER / psikometrik ni murah giler. Cuma RM40 sahaja untuk pakej basic. Pakej basic ini sebenarnya sudah memadai utk kegunaan anda. Oh.. ya, apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan SPiER ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
6) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan ujian SPiER / psikometrik ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku SPiER / Psikometrik ni?
Rujukan ujian SPiER / psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Berapa lama tu baru leh dapat rujukan SPiER / psikometrik ni pas bayar?
Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Lagi pun..
Cara ni lebih cepat untukanda mula study ujian SPiER!
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.
Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul. Mungkin sekarang anda bukan calon Penolong Pegawai Antidadah S5 AADK.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S51 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Kalau anda ada mohon apa-apa jawatan under AADK. Be ready..
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil ke ujian SPiER.
Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5.
Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 yg kami bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Beberapa FAQ Mengenai Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5?
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Adakah Ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 mempunyai status lulus dan gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon Penolong Pegawai Antidadah S5 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian SPiER Penolong Pegawai Antidadah S5 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Antidadah S5 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.
Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Penolong Pegawai Antidadah S5 adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.