Berikut dikongsikan jadual pembayaran perkeso 2025 untuk rujukan anda. jadual pembayaran perkeso 2025 ini adalah berdasarkan tarikh-tarikh yang telah dikeluarkan oleh pihak PERKESO sendiri di portal rasmi mereka. Adalah diharapkan, dengan perancangan yg ngam dan penggunaan yg baik, maka duit faedah PERKESO itu mampu bertahan sehingga bayaran faedah seterusnya masuk.
Isi Kandungan
Sebelum itu, kami ucapkan tahniah kepada anda yang layak, atas kenaikan bayaran faedah PERKESO dan pencen minimum skim keilatan. Pada bulan Oktober tahun 2022, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengumumkan pelarasan kos sara hidup bagi bayaran faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum skim keilatan berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.
Kadar pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala PERKESO adalah di antara 0.7 peratus sehingga 9.4 peratus mengikut tahun pencen diterima, manakala kenaikan kadar pencen minimum mengikut Skim Keilatan, Akta 4 akan ditingkatkan daripada kadar sedia ada sebanyak RM475 kepada RM550 sebulan.
Baca juga: Cara Semakan Tuntutan MySalam
Faedah PERKESO mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) akan dibayar secara berkala merangkumi Pencen Ilat dan Pencen Penakat menerusi Skim Keilatan, manakala Faedah Hilang Upaya Kekal dan Faedah Orang Tanggungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan.
Jadual Pembayaran PERKESO 2025
Oleh itu, berikut merupakan jadual pembayaran PERKESO 2025.
Bulan | Jadual Pembayaran Faedah | Hari | Catatan |
---|---|---|---|
Januari | 22 Januari 2025 | Rabu | 29 Januari 2025 bersamaan Tahun Baru Cina |
Februari | 28 Februari 2025 | Rabu | – |
Mac | 24 Mac 2025 | Isnin | 31 Mac 2025 Hari Raya Aidilfitri |
April | 30 April 2025 | Rabu | – |
Mei | 26 Mei 2025 | Isnin | 30 Mei 2025 bersamaan Pesta Keamatan 1 Jun 2025 bersamaan Perayaan Hari Gawai Dayak |
Jun | 01 Julai 2025 | Selasa | 29 Jun 2025 bersamaan Hari Raya Qurban |
Julai | 01 Ogos 2025 | Jumaat | – |
Ogos | 29 Ogos 2025 | Jumaat | – |
September | 1 Oktober 2025 | Rabu | – |
Oktober | 16 Oktober 2025 | Khamis | 20 Oktober 2025 bersamaan Hari Deepavali |
November | 19 November 2025 | Rabu | – |
Disember | 18 Disember 2025 | Khamis | 25 Disember 2025 bersamaan Hari Krismas |
Nota: Sekiranya jadual pembayaran PERKESO 2025 di atas ‘crash‘ di paparan mobile anda, sila rujuk jadual pembayaran PERKESO 2025 dalam format gambar atau jpg di bawah.
Jadual Pembayaran PERKESO Januari 2025
Pada bulan Januari, jadual pembayaran ialah pada 22/01/2025 dan ianya jatuh pada hari Rabu. Pembayaran PERKESO pada bulan Januari telah diawalkan sedikit disebabkan pada bulan Januari adanya sambutan perayaan tahun baru cina iaitu pada 29 dan 30 bulan Januari 2025 iaitu hari Ahad dan Isnin.
Jadual Pembayaran PERKESO Mac 2025
Manakala, pada bulan Februari, Jadual Pembayaran PERKESO dijadualkan pada 28/02/2025 iaitu bersamaan hari Jumaat.
Seterusnya, pada bulan Mac pula, Jadual Pembayaran PERKESO jatuh pada 24/03/2025 iaitu pada hari Isnin.
Baca juga: Cara Reset Password mySTR (STR 2025)
Jadual Pembayaran PERKESO April Dan Mei 2025
Pada 30/04//2025 iaitu hari Rabu adalah tarikh dan hari yang dikeluarkan untuk pembayaran PERKESO pada April. Tarikh pembayaran ini juga diawalkan daripada kebiasaannya kerana pada bulan April terdapat cuti umum yang diwartakan.
Seterusnya, pada bulan Mei pula, pembayaran faedah PERKESO dibuat pada 26 Mei 2025 iaitu pada hari Isnin. Pembayaran faedah PERKESO pada bulan Mei sama seperti kebiasaannya walaupun terdapat pesta Kaamatan pada hari Selasa dan Rabu kerana sambutan tersebut akan diraikan pada 30 dan 31 Mei selepas jadual biasa pembayaran faedah PERKESO.
Jadual Pembayaran PERKESO Jun Hingga November 2025
Jadual pembayaran PERKESO 2025 untuk bulan Jun akan diberikan pada 01 Julai 2025 (hari Selasa), manakala bagi bulan Julai pula ialah pada 01.08.2025 (Selasa). Sementara, untuk Ogos ialah 29.08.2025 (Jumaat) dan bulan September ialah pada 01.10.2025 yakni bersamaan hari Rabu.
Oktober dan November pula masing-masing jadual pembayaran PERKESO ialah pada 16 hari bulan Oktober 2025 dan 19 hari bulan November 205. Walaupun pada bulan Jun, Julai dan November terdapat beberapa perayaan istimewa namun tarikh-tarikh bagi perayaan berikut adalah selepas ataupun sebelum tarikh kebiasaan pencen dikeluarkan.
Jadual Pembayaran PERKESO Disember 2025
Akhir sekali, untuk bulan Disember, jadual pembayaran PERKESO bagi penerima faedah diawalkan pada 18/12/2025 iaitu pada hari Khamis kerana pada bulan tersebut terdapat perayaan hari Krismas yang jatuh pada 25 Disember 2025 iaitu pada hari Isnin.
Jadi itulah dia, jadual pembayaran PERKESO 2025 yang telah ditetapkan berdasarkan jadual rasmi yang dikeluarkan oleh pihak PERKESO di laman sesawangnya.
Ada di antara jadual pembayaran faedah PERKESO ini yang telah diawalkan agar penerima faedah dapat membuat persiapan untuk menyambut perayaan masing-masing.
Apa itu Pencen Ilat?
Pencen Ilat dibayar kepada pekerja yang layak dan disahkan menghidap keilatan oleh Jemaah Doktor atau Jemaah Doktor Rayuan. Pencen Ilat dibayar bermula dari tarikh Notis Keilatannya diterima atau tarikh berhenti kerja jika pekerja berhenti kerja selepas Notis Keilatan diterima oleh PERKESO. Pencen Ilat ini dibayar selama pekerja mengalami keilatan atau hingga meninggal dunia dan digantikan dengan Pencen Penakat sekiranya pekerja itu meninggal dunia semasa menerima Pencen llat tanpa mengira umurnya.
Berapakah Kadar Pencen Ilat?
Kadar Pencen Ilat yang layak diterima pekerja bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang Berinsurans layak menerima pencen Ilat dengan kadar permulaan 50% daripada gaji bulanan purata anggapan dan tambahan 1% bagi setiap 12 bilangan caruman selebihnya. Walau bagaimanapun ianya tertakluk kepada kadar pencen maksimum 65%.
Apa itu Pencen Penakat?
Pencen Penakat adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Berapa pula Kadar Pencen Penakat?
Kadar Pencen Penakat yang layak diterima bagi tempoh kelayakan penuh adalah dari 50% hingga 65% daripada gaji bulanan purata anggapan tertakluk kepada pencen minimum sebanyak RM475 sebulan.
Orang tanggungan layak menerima pencen dengan kadar 50% daripada gaji bulanan purata anggapan, ditambah dengan 1% bagi tiap-tiap 12 caruman bulanan yang dibayar melebihi 24 bulan tertakluk kepada kadar pencen bulanan tidak melebihi 65%.
Nota: Jika seseorang pekerja yang meninggal dunia itu adalah penerima Pencen llat, kadar Pencen Penakat adalah sama banyak dengan Pencen llat yang diterimanya.
Pertanyaan lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau pun aduan kepada pihak PERKESO, sila gunakan sistem SISPAA PERKESO.
Atau kunjungi alamat:
Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur
Waktu Urusan:
8:00 pagi – 5:00 petang
(Isnin – Jumaat)
Atau hubungi Khidmat Pelanggan di:
Talian:
1-300-22-8000
Faks :
03 – 42567798
E-mel : perkeso @ perkeso.gov.my
Salam sejahtera.
Saya ialah isteri kepada penerima pencen ilat. Saya menjaga suami saya oku dan terpaksa berhenti kerja. Sebelum ini saya adalah seorang guru disekolah swasta dan ada mencarum di socso setiap bulan. Apakah faedah yang boleh saya terima sebagai pencarum.
Hamilah Omar
01111274083
Untuk pertanyaan lanjut, puan boleh sama ada:
1) Menghubungi sistem aduan PERKESO SISPAA.
2) Berkunjung ke alamat:
Menara PERKESO,
281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur
3) Mengubungi talian Khidmat Pelanggan di: 1-300-22-8000
Saya adalah penerima Pencen Penakat. Suami meninggal dunia 2019. Anak sambung ke IPTA pada 01.10.2022. Penggajian ditangguhkan kerana Kawalan Pergerakan Covid 19 yang berpanjangan. Tetapi pihak Perkeso menolak rayuan saya untuk tuntutan menanggung anak ke IPTA. Saya tidak berpuas hati kerana pihak tuan menilai sepenuhnya situasi kami. Penangguhan ke IPTA adalah sebab intake yang lewat dan penangguhan yang berpanjangan. Dan anak saya terpaksa bekerja sampingan sementara menunggu Tawaran ke IPTA dan mengikut jadual intake pihak Universiti. Saya membuat aduan ini agar pihak Perkeso mempertimbangkan semula permohonan rayuan saya.