Panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W29. Dipanggil exam SPA bulan ni? Masih blurr dan tak tahu apa nak buat? Apa nak prepare? Teruskan bacaan..
Ini kalau berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa calon yang mengambil peperiksaan Penolong Akauntan W29 adalah lebih kurang 2 000 orang. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang akan menduduki peperiksaan ini, adalah lebih baik anda mempersiapkan diri memandangkan persaingan kali ini tidaklah sesedikit sesi-sesi peperiksaan yang lepas.
Sebelum itu, jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan jawatan kosong terkini setiap hari, di samping pelbagai tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda telaah ini.
Sekiranya anda belum lagi menyemak nama sama ada terpanggil atau pun tidak tetapi ada memohon, sila lakukan semakan nama anda sekarang melalui perkongsian pautan semakan yang kami berikan sebelum ini di pautan ini: Semakan nama dipanggil ke peperiksaan Penolong Akauntan W29
Pada kali ini, sukalah kami berkongsikan sedikit panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W29. Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini memberikan manfaat yang sebaiknya kepada anda.
Baca juga: Objektif & Matlamat Utama Sesi Temuduga Dijalankan?
1. Sebagai calon yang memiliki diploma berkaitan bidang kewangan dan perakauanan anda seharusnya mengulangkaji perkara-perkara yang disenaraikan di bawah:
– Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) – Arahan Perbendaharaan – Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaharaan terkini (yang berkaitan dengan kewangan)
– Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia terkini.
– Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang berkaitan dengan Sistem Perakaunan Mikro.
2. Lakukan rujukan tambahan, manalah kita tahu kalau-kalau Arahan Perbendaharaan juga ditanya. Bacalah sepintas lalu berkenaan hal-hal berikut:
Bab A – Acara Kewangan
Bab B – Acara Pengakaunan
Bab C – Audit, Kehilangan dan Acara Hapus Kira Financial Procedure Act 1957 (disemak 1972) – Act No. 61
3. Tugas-tugas hakiki seorang Penolong Akauntan W29 biasanya merangkumi tanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran gaji, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
4. Walaupun kemungkinan untuk soalan berkaitan Jabatan Akauntan ditanya adalah rendah tetapi kita tidak boleh mengabaikan kemungkinan ini. Oleh itu adalah bijak sekiranya anda turut melakukan sedikit bacaan berkenaan struktur, misi, visi dan lain-lain hal berkaitan jabatan ini di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Lagi pula terdapat banyak info lain yang bermanfaat untuk anda di sana.
Diharapkan panduan Peperiksaan Penolong Akauntan W29 yang dikongsikan ini anda jadikan garis kasar untuk memulakan perancangan anda dalam menghadapi peperiksaan ini.
Baca juga: Penggunaan Bahasa Inggeris dalam PSEE SPA
Untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif menghadapi peperiksaan ini, dicadangkan anda mendapatkan rujukan yang lebih lengkap melalui pautan di: Rujukan Lengkap Peperiksaan Penolong Akauntan W29 (JUALAN DITUTUP)
Didoakan anda berjaya.