Senarai Negeri Di Malaysia

Bagi pelancong daripada luar Malaysia pasti tertanya-tanya apakah negeri-negeri yang terdapat di Malaysia ini. Oleh itu, untuk menambahkan pengetahuan yang lebih meluas kepada penduduk di Malaysia dan juga yang paling penting pelancong dari luar negara, maka di sini akan dinyatakan tentang senarai negeri di Malaysia.

Senarai Negeri Di Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang dianggotai oleh 14 buah negeri dan berbilang bangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang sangat harmoni, aman dan tenteram berbanding dengan beberapa buah negara yang lain. bukan itu sahaja, walaupun setiap negeri di Malaysia ini mempunyai pelbagai jenis adat, budaya dan dialek mereka tersendiri, namun penduduk di Malaysia sentiasa menghormati pertuturan pelbagai jenis negeri.

Sebelum kita teruskan dengan senarai negeri di Malaysia, mari kita lihat atau ketahui terlebih dahulu tiga bahagian dalam wilayah persekutuan yang dikatakan pentadbirannya diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong dan bukannya diperintah oleh kerajaan negeri.

Tiga bahagian Wilayah Persekutuan yang perlu diketahui.

  • Kuala Lumpur
  • Labuan
  • Putrajaya

Namun, melalui ketiga-tiga bahagian wilayah persekutuan yang dinyatakan ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi bagi Malaysia, Labuan pula merupakan pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa (IBCF) manakala bagi Putrajaya pula merupakan pusat pentadbiran persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.

Baca juga: Semakan MAIDAM 2023 (Semakan Status Permohonan)

Okay, setelah kita mengetahui serba sedikit tentang wilayah persekutan ini, maka kita oleh lanjutkan dengan mengetahui pula senarai negeri di Malaysia.

Berikut merupakan senarai negeri di Malaysia yang perlu diketahui.

Bahagian Utara (Malaysia barat)

Bagi negeri Malaysia pada bahagian utara malaysia barat adalah seperti berikut:

  • Perlis Indera Kayangan
  • Kedah Darul Aman
  • Pulau Pinang
  • Perak Darul Ridzuan

Bahagian Tengah (Malaysia Barat)

  • Selangor Darul Ehsan

Bahagian Selatan (Malaysia Barat)

  • Johor Darul Takzim
  • Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Melaka

Bahagian Pantai Timur (Malaysia Barat)

  • Pahang Darul Makmur
  • Terengganu Darul Iman
  • Kelantan Darul Naim

Bahagian Sabah dan Sarawak (Malaysia Timur / Blok Borneo)

  • Sabah
  • Sarawak

Senarai di atas ini merupakan antara negeri-negeri yang terdapat di malaysia. Oleh itu, bagi pelancong dari luar negara yang ingin bercuti ke Malaysia, negeri-negeri yang dinyatakan ini adalah negeri yang boleh di lawati kerana negeri-negeri di Malaysia ini memiliki keunikan dan keistimewaan budaya tersendiri.

Walau bagaimanapun, untuk pengetahuan yang lebih jelas, umum sedia maklum bahawa di antara semua negeri yang disenaraikan ini, terdapat beberapa negeri yang tidak memiliki sultan atau raja sebagai ketua pemerintah. Sebagai contoh, negeri Melaka merupakan negeri yang tidak memiliki sultan mahupun raja.

Melaka adalah negeri yang diketuai oleh Yang di Pertuan Negeri manakala bagi hal-hal pentadbiran kerajaan negeri pula di pimpin oleh Menteri Besar Melaka. Sama juga seperti Wilayah Sabah dan Sarawak, di mana bagi kedua-dua wilayah ini, tidak memiliki sultan mahupun raja sebagai ketua pemerintah blok-blok tersebut.

Bagi wilayah Sabah, hal pentadbiran kerajaan negeri dipimpin oleh ketua Menteri Sabah (tidak dipanggil Menteri Besar), manakala bagi wilayah Sarawak pula, diketuai oleh Yang di-Pertua Negeri dan hal-hal yang berkaitan dengan pentdbiran kerajaan pula akan dipimpin oleh Ketua Menteri Sarawak juga tidak dipanggil Primier Sarawak. Justeru, itu merupakan negeri-negeri dan wilayah di Malaysia yang tidak memiliki sultan atau raja sebagai ketua pemerintah.

Kesimpulannya, senarai di atas ini merupakan senarai negeri di Malaysia yang perlu di ketahui. Setiap negeri di Malaysia ini memiliki tempat pelancongan dan tempat sejarah yang cantik dan sangat menarik.

Oleh itu, diharapkan bagi pelancong luar negara atau penduduk Malaysia yang masih tidak tahu tentang senarai negeri di Malaysia, bolehlah melihat pada senarai yang dinyatakan di atas ini. Justeru, diharapkan perkongsian ini dapat membantu orang ramai untuk mengetahui tentang senarai negeri di Malaysia dengan lebih mendalam.

Leave a Comment

error: Content is protected !!