Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ambilan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) pada kali ni? Selain jawatan Pembantu Awam Gred H11, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41. Di bawah disertakan beberapa contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir psikometrik nanti.

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41.
Nota Penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg anda kena hadapi ialah sesi temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 yg akan berlangsung pada 26 September 2023 – 4 Oktober 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ini.
Kekosongan Jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 Tahun 2023
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 22 Jun 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) adalah sebanyak 6 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 6 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!
Panggilan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 Tahun 2022
- Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41
(Jabatan Perancang Bandar dan Desa)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[Tarikh PSEE : 22 Ogos 2023]
Gaji Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
Sebagai calon yang memohon Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu).
Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM2,529.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!
Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.
Baca juga – Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11
11 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
1) Saya seorang yang mudah berputus asa apabila dikritik oleh orang lain.
A. Tidak
B. Ya
2) Saya _ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tidak menepati.
A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah
3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya mengemas katil dan tempat tidur.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang pengotor.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?
A. 25
B. 35
c. 115
D. 125
Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?
Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan. Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ini. Boleh dapatkan rujukan psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41.
TIPS MENJAWAB Contoh Soalan Ujian Psikometrik PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41
Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.
PILIH LOKASI MENJAWAB UJIAN PSIKOMETRIK YANG BETUL
Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.
Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:
- bising
- panas
- laluan orang
- liputan internet kurang baik
Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.
Jangan lupa baca kisah Ali dan Ujian Psikometrik. Banyak isi tersirat yang boleh dijadikan panduan di dalamnya.
SELAMI SIKAP BAIK ANDA
Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?
Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.
Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.
Nampak? Anda dah mula keliru kan.
Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!
Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.
Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.
Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19
Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.
Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.
Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.
Jawab YA atau TIDAK.
So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.
SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.
Takut tak? Haha..
OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.
Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.
Nampak tak di situ!
Nak lagi contoh soalan, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.
Bacaan tambahan : Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Teknologi Makanan C29
KETEKALAN DALAM MENJAWAB SECARA BAIK
Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.
Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!
Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.
Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!
Hal ini memang mereka sengajakan.
Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.
Bagaimana perangkap ini boleh berkesan? Jawapannya ialah pada masa ujian yang terhad.
Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.
Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!
Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!
Bacaan tambahan : Contoh soalan ujian psikometrik Juruukur J41
Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.
Untuk penerangan yang panjang lebar serta lebih padu mengenai ujian psikometrik ini. Anda boleh baca artikel bertajuk ujian psikometrik SPA- kemasukan ke dalam perkhidmatan awam.
Dalam artikel tersebut semua mengenai ujian ini disentuh, termasuklah definisi, sejarah, format, sukatan ujian, contoh soalan matematik dan lain-lain.
BAGAIMANA MENINGKATKAN KETEKALAN SEMASA MENJAWAB Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41?
Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?
Jawapan pendek – buat latih tubi.
Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Rujukan ini amat anda perlukan kerana ia dilengkapi dengan:
✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik
Atau,
Anda juga boleh baca penjelasan yg lebih detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan anda akan hilang dan lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.
Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada. Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.
Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.
Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41.
Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).
Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.
Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.
Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41?
Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.
Manakala ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.
Adakah Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 mempunyai status lulus dan gagal?
Oleh kerana bilangan calon yang memohon Pegawai Perancang Bandar dan Desa J411 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.
Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41 baik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.
Penutup
So, demikianlah perkongsian kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41. Moga memberi sedikit manfaat.