Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Adakah anda dipanggil ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 utk ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 6 Februari 2024 – 18 Februari 2024 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Isi Kandungan
Nota Penting: Sebelum tu, bagi anda yg terlibat dengan sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada 10 Januari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga Gred WK5 boleh anda baca di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Penguasa Kastam WK5 ini.
Penjadualan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 Tahun 2025
- Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
(Jabatan Kastam Diraja Malaysia)
[ Tarikh Temu Duga: 6 Februari 2024 – 18 Februari 2024]
Soalan Temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5
Temuduga adalah suatu proses terakhir, dimana pihak SPA sendiri yang mengambil tempat untuk menjalankannya. Temuduga diadakan bertujuan utama untuk menilai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan sesuatu jawatan di sektor tertentu. Sesi ini akan menentu sahkan penilaian yang dibuat di peringkat peperiksaan dan penilaian kompetensi.
Baca juga : Panduan temuduga Penguasa Kastam WK9
Temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
Di antara kriteria yang akan diberi fokus termasuklah sahsiah dan minat terhadap jawatan, kelayakan akademik bersesuaian, keterampilan dan keserasian dengan bidang tugas yang diperlukan. Seusai urusan temuduga, calon terbaik di kalangan calon berkualiti akan diperakukan untuk lantikan sebagai salah seorang pegawai ideal yang terpilih.
Kami percaya anda menemui artikel ini adalah daripada kalangan calon yang terpanggil ke sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK5.
Statistik pengambilan Penolong Penguasa Kastam
Barangkali anda juga sudah tahu benar yang calon dipanggil ke sesi temuduga pada tahun ini adalah seramai 5,857 orang! Manakala jumlah kekosongan jawatan hanyalah sebanyak 30 tempat sahaja. Jadi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 ini bukanlah sesi yang anda boleh main-main dengannya.
Tindakan-tindakan perlu untuk ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5
Berikut diterangkan secara ringkas tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan sebelum menghadirkan diri ke sesi temuduga ini:
TINDAKAN PERTAMA
Baca dan fahami kandungan surat panggilan temuduga, buat salinan fotokopi dokumen-dokumen diperlukan, dapatkan pengesahan bagi setiap salinan dokumen daripada pihak yang sepatutnya, susun dokumen dan salinan mengikut susunan yang betul di dalam fail holder, simpan di tempat yang selamat dan akhir sekali sediakan resume yang menarik hati penemuduga.
TINDAKAN KEDUA
Kenali dan fahami jawatan yang anda mohon termasuk tugas, jabatan, tangga gaji, sejarah jabatan, misi, visi dan lan-lain. Seterusnya, adakah anda minat dengan jawatan Penolong Penguasa Kastam WK5? Sekirnya anda memang tidak meminati jawatan ini, elok jangan pergi temuduga kerana walaupun anda berjaya masalah akan timbul ketika anda bekerja kelak.
Sila semak dan selalu update permohonan SPA9
Akhir sekali, buat perancangan anda kerana sebarang kerja yang dibuat tanpa perancangan terlebih dahulu akan berkesudahan dengan kegagalan. Misalnya, untuk perancangan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 anda perlu mengambilkira 3 perkara utama:
1. Masa yang tinggal sebelum hati temuduga,
2. Tindakan-tindakan penting yang perlu diutamakan, dan
3. Sumber informasi yang perlu diperolehi.
TINDAKAN KETIGA
Langkah yang perlu anda ambil dalam tindakan ketiga ini adalah mandatori. Ia amat-amat penting sebagai persediaan ke temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5.
- Pertama, jadikan diri orang yang berpengetahuan dengan membaca akhbar online, menonton berita, bertanya dan melayari Internet.
- Kedua, kenali dan fahami diri sendiri apakah anda seorang pendiam, pendai berkomunikasi, bercita-cita tinggi, pandai berlakon, jujur atau berfikiran positif. Kenali diri anda dan perbaiki kelemahan yang ada.
- Ketiga, ketahui soalan-soalan yang berkemungkinan disoal dengan mengetahui dan memahami bidang kerja Penolong Kastam WK5, peka terhadap isu semasa, menambah pengetahuan am dan rajin bertanya kepada mereka yang ada pengalaman ditemduga.
- Keempat, tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan membaca buku basic grammar, english newspaper, menonton english movie dan lain-lain teknik.
- Kelima, amatlh penting bagi calon yang bakal menduduki temuduga Penolong Penguasa Kastam Gred WK5 untuk menguruskan nota-nota dengan kemas dan teratur.
Jangan sampai kelam-kabut dan jangan sampai tunggang-langgang mencari nota yang diperlukan apabila ia benar-benar diperlukan. Lima cara menulis nota yang efektif boleh dirujuk dalam panduan lengkap temuduga ini.
TINDAKAN KEEMPAT
Setelah kesemua tindakan di atas anda buat, apa pula kini?
- Pertama, belajar jadi pelakon yang baik. Tahukah anda dengan membuat ujian/lakonan temuduga akan membantu dalam persediaan menjadi lebih rapi dan bersusun?
- Kedua, jaga keselamatan dan kesihatan diri diri. Ini penting, kalau anda sakit bagaimana untuk menghadiri sesi temuduga.
Setakat artikel ini ditulis, SPA belum ada ura-ura untuk menjalankan temuduga secara online!
- Ketiga, ketahui dimana lokasi temuduga anda kerana kita tidak mahu anda sampai sejam lewat daripada waktu temuduga anda.
Kalau anda bercadang menaiki kenderaan, anda perlu membuat kajian tahap kesibukan, tempat letak dan laluan yang akan anda lalui nanti.
Jadual Gaji Penolong Penguasa Kastam Gred WK5
Skim perkhidmatan ini termasuk dalam kumpulan pelaksana, sila rujuk jadual di bawah :
- GAJI MINIMUM – RM1,650.00
- GAJI MAKSIMUM – RM5,678.00
- KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN – M145.00
Deskripsi Tugas Penolong Penguasa Kastam WK5
Berikut adalah skop kerja atau bidang tugas hakiki perkhidmatan ini :
- Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
- Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
- Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
- Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
- Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
- Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5
Setakat ini, pada kebiasaannya temuduga akan dijalankan oleh minimum 2 orang panel. 1 daripada pihak SPA dan 1 daripada pihak kastam sendiri. Anda akan dinilai berdasarkan jawapan yang anda beri. Jadi beri jawapan-jawapan padu bagi soalan yang mungkin diajukan.
Bacaan lanjut : 6 contoh jawapan PADU semasa temuduga
Apa yang kami paparkan di bawah hanyalah contoh sahaja. Ia sebagai rujukan.
- Apakah kelebihan yang anda miliki berbanding calon temuduga lain?
- Jika diterima menjawat jawatan sebagai Penolong Penguasa Kastam WK5, apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada jabatan?
- Terangkan tentang tanggungjawab dan skop kerja Penolong Penguasa Kastam WK5?
- Boleh anda ceritakan secara ringkas prosedur untuk mengimport & mengeksport barangan?
- Pandangan anda apakah langkah yang perlu diambil untuk mencegah aktiviti penyeludupan?
- Jika ditawarkan bekerja di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, adakah anda sanggup?
- Selain dari berbahasa Melayu, apakah bahasa lain yang anda boleh tuturkan?
- Anda boleh berbahasa Inggeris. Jadi, jawab soalan berikut dalam bahasa Inggeris. Terangkan fungsi Jabatan Kastam Diraja Malaysia?
- Jabatan Kastam Diraja Malaysia bernaung di bawah kementerian mana?
- Siapakah menteri yang menerajui kementerian itu?
- Apa yang anda faham tentang kawasan zon bebas cukai?
- Apa yang anda faham tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)?
- Apa itu GST?
- Apa itu SST (Sales and Service Tax)
- Apa bidang tugas Penolong Penguasa Kastam WK5?
- Jenis Cukai di Pungut Kastam?
- Visi, Misi dan Fungsi Kastam?
- Etika Kastam (Soalan Wajib)
Demikian serba sedikit panduan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 yang sempat dikongsikan kali ini.
Rujukan Tambahan Temuduga Kerja Kerajaan
Anda amat disarankan mendapatkan rujukan di bawah bagi menyediakan diri dengan lebih baik dan lengkap lagi. Sudah ramai yang berjaya mendapat kerja dengan berpandukan rujukan ini.
(Walaupun, rujukan ini tidak spesifik untuk satu-sau jawatan dan hanya merupakan rujukan umum. Tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan oleh calon temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5.)
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?
Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri
Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.
Siapakah beliau?
Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.
Anda rasa?
4) Lebih masa main League of Legends
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Ayuh.. streaming habis-habisan!
5) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.
Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.
6) Memudahkan hidup anda
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
8) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!
Beberapa FAQ Mengenai Penolong Penguasa Kastam WK5
Tugas Penolong Penguasa Kastam WK5
Seorang Penolong Penguasa Kastam WK5 adalah bertanggungjawab:
Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank.
Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti.
Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan.
Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah.
Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi.
Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.
Gaji Penolong Penguasa Kastam WK5
Basic gaji Penolong Penguasa Kastam WK5 ialah RM1,650.00. Belum masuk lain-lain elaun.
Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5 untuk kali ini.
Akhir sekali, kami doakan kejayaan anda dalam sesi temuduga Penolong Penguasa Kastam WK5.
Saya ingin kan menjadi kastam , cita ii yang tinggi serta ada kemampuan menjadi kastam , pasal pelajaran saya kurang lulus , adakah saya layak untuk menjadi kastam ?
Kena isi SPA9 dulu. Tgk melepasi syarat minimum yg ditetapkan atau bagaiman. Apa pun, kami doakan Jennifer berjaya menjadi seorang kastam..