Spesifikasi dan klasifikasi perkhidmatan awam di Malaysia. Selari dengan pengumuman mengenai perlaksanaan Sistem Saraan Penjawat Awam atau SSPA, kerajaan juga telah mengumumkan terdapat beberapa perubahan gred SSPA bagi menambahbaik sistem saraan sedia ada. Jumlah keseluruhan skim perkhidmatan di bawah SSPA kini adalah 199 berbanding 229 skim di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Isi Kandungan
Dalam sistem perkhidmatan awam Malaysia, spesifikasi dan pengklasifikasian sektor awam boleh dipecahkan kepada tiga kategori pembahagian utama digunakan yakni:
- – Kumpulan Pengurusan dan Profesional,
- – Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I,
- – Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II.
Skim Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Kumpulan Pengurusan dan Profesional diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah Ijazah Sarjana Muda. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 9 dan ke atas. Sebelum ini, skim perkhidmatan ini dipanggil sebagai Gred 41 atau Pegawai Gred A.
Pada masa ini, terdapat 91 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Pegawai Kewangan Gred W9, Jurubahasa Serentak Gred N9, Jurugeospatial Gred J9, Akauntan Gred W9, Pegawai Penerangan S9, Pegawai Tadbir dan Diplomatik M9 dan lain-lain.
Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan I
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I / Kumpulan Sokongan 1, pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan iaitu Diploma atau STPM. Kumpulan ini dikenali dengan gred 5. Sebelum ini, dipanggil gred 29 hingga 38.
Pada masa ini, terdapat 79 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E5, Penolong Pegawai Geosains Gred C5, Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G5, Penolong Akauntan Gred W5, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F5 dan lain-lain.
Baca juga : 6 contoh jawapan padu dalam temuduga sektor awam
Skim Perkhidmatan Kumpulan Sokongan II
Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II / Kumpulan Sokongan 2, pula diisi oleh individu yang dilantik SPA dengan kelayakan minimum diperlukan ialah SPM. Kumpulan ini dikenali dengan Gred 1. Dalam skim SSM dahulu ia dipanggil gred 19 hingga 26.
Pada masa ini, terdapat 80 skim yang diwujudkan di dalam kategori perkhidmatan ini. Contoh jawatan: Juruaudio Visual Gred N1, Juruteknik Perubatan Gred U1, Merinyu Tali Air Gred J1, Pegawai Bomba Gred KB1, Pembantu Akauntan Gred W1, Pembantu Pembangunan Masyarakat S1 dan lain-lain.
Pengredan mengikut skim Perkhidmatan dalam sektor awam
Jenis Skim Perkhidmatan di dalam sektor awam biasanya boleh dikenali melalui huruf besar awalan pada gred. Misalnya, jawatan yang dikelaskan ke dalam skim perkhidmatan ‘teknologi maklumat’ bermula dengan huruf ‘F’.
Untuk lebih jelas, begini: skim jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F9, skim jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F5 dan Juruteknik Komputer FT1.
Senarai skim Perkhidmatan sektor awam
Berikut senarai skim-skim perkhidmatan yang diwujudkan di dalam sektor awam:
- A – Pengangkutan
- B – Bakat dan Seni
- C – Sains
- D – Pendidikan
- E – Ekonomi
- F – Teknologi Maklumat
- G – Pertanian
- J – Kejuruteraan
- K – Keselamatan
- L – Perundangan
- M – Tadbir dan Diplomatik
- N – Tadbir dan Sokongan
- P – Pencegahan
- Q – Penyelidik
- S – Sosial
- U – Perubatan dan Kesihatan
- W – Kewangan
- X – Maritim
Nota: Jika anda meminati kerjaya di sektor awam, permohonan dibuat sepanjang masa melalui sistem bank data dan pada kebanyakan jawatan diuruskan pengambilannya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan dibuat secara online melalui portal SPA9.
Beberapa Soalan Lazim Mengenai Pengredan Jawatan
Jururawat U5 kumpulan sokongan berapa?
Jururawat Gred U5 termasuk di dalam kumpulan Sokongan 1.
Kumpulan pengurusan dan profesional gred berapa?
Gred untuk kumpulan pengurusan dan profesional ialah 9 dan ke atas. Contohnya: Pegawai Perubatan Gred U9, Pegawai Farmasi Gred U9 dan ke atas.
Gred 1 kumpulan sokongan berapa?
Gred 1 ialah kumpulan sokongan II. Contohnya: Pegawai Bomba Gred KB1, Pembantu Akauntan Gred W1 dan lain-lain.
Senarai kumpulan sokongan 1 KKM?
Berikut adalah senarai kumpulan sokongan 1 di KKM:
- Jururawat U5
- Penolong Pegawai Perubatan U5
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
- Juru X-Ray(Diagnostik/Terapi) U5
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi U5
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja U5
- Juruteknologi Makmal Perubatan U5
- Penolong Pegawai Farmasi U5
- Juruteknologi Pergigian U5
- Juruterapi Pergigian U5
Demikian sedkit perkongsian mengenai gred jawatan kerajaan. Gred kerja kerajaan ini adalah yang sedang terpakai untuk saat ini. Bagaimanapun, sekiranya sebarang pindaan dibuat terhadap spesifikasi dan klasifikasi perkhidmatan awam di Malaysia ini, kami akan mengemaskini laman ini untuk info yang tepat.
Mohon beli buku Rahsia Persiapan temuduga
Salam Noorsilatul,
Boleh dapatkan secara online melalui pautan berikut ya:
https://soalantemuduga.com/recommends/lulus-temuduga/