Kepada pembaca yang berminat dengan kerjaya sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian U1. Jom lihat Syarat Kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian U1. Post kali ini mungkin dapat membantu anda merancang permohonan anda untuk jawatan ini.
Isi Kandungan

Nota Penting: Bagi anda yang dipanggil ke sesi temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Julai 2024 ambilan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yg akan diadakan pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 19 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Bahan-bahan persediaan temuduga yg lebih lengkap boleh dibaca di soalan temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian.
Sementara, bagi anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan KKM yg dijadualkan pada 15 Februari 2024 dan 16 Februari 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.
Apa yang menariknya, jawatan ini terbuka untuk pemohon lelaki dan wanita.
Tempoh latihan Pembantu Pembedahan Pergigian U1
Tempoh Latihan adalah selama 2 tahun di Pusat Pergigian Kanak-Kanak (PPKK) & Institut Latihan KKM Georgetown (Pergigian).
Pusat kursus ini memang telah ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sepanjang kursus anda akan diberi Biasiswa / Elaun sebanyak RM517.15 sebulan sepanjang tempoh latihan.
Syarat kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian U1
Antara lain syarat kelayakan memohon Pembantu Pembedahan Pergigian U1, ialah..
Syarat Latihan:
i) Warganegara: Malaysia
ii) Umur: Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
Syarat minimum kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian U1
iii) Kelayakan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred 6/C) dalam:
Bahasa Melayu;
Matematik;
Salah satu (1) subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta
Lulus (sekurang-kurangnya Gred 7/D) dalam:
Bahasa Inggeris; dan
Dua (2) subjek lain.
iv) Keutamaan: Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Sains/Sains Paduan serta lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik;
Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;
Panduan Permohonan Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U1 Di Dalam SPA9
1) Pemohon hendaklah memastikan hanya keputusan SPM yang sah didaftarkan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SPM”. Keputusan SPM yang sah adalah sijil rasmi SPM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bukan slip keputusan peperiksaan percubaan SPM atau slip keputusan SPM.
2) Pemohon yang berminat boleh mendaftarkan Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Jawatan Dimohon” -> “Latihan Separa Perubatan” -> pilih jenis Latihan Separa Perubatan yang berkenaan dan klik butang Tambah.
3) Pemohon PSB hendaklah memastikan maklumat sedang berkhidmat didaftarkan dengan lengkap dan teratur di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat”.
Klasifikasi Perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian U1
Klasifikasi Perkhidmatan jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian U1 ini adalah dalam kategori Perubatan dan Kesihatan. Manakala, kumpulan perkhidmatan – Pelaksana
Gaji Pembantu Pembedahan Pergigian U1
Setelah menamatkan kursus, berikut adalah gaji yang akan diterima oleh seorang Pembantu Pembedahan Pergigian U1..
Gaji Minimum : RM1,500.00
Gaji Maksimum : RM4,680.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00
Demikian sahaja perkongsian kali ini mengenai Syarat Kelayakan Pembantu Pembedahan Pergigian U1. Moga bermanfaat dan semoga berjaya menjadi seorang Pembantu Pembedahan Pergigian..