Resume kerja mmg cuma sehelai kertas bertulisan di atasnya. Tetapi masa depan anda terletak pada kertas sehelai tersebut! Kali ini, anda bertuah kerana kita akan membincangkan seimbas lalu mengenai resume kerja kerajaan yang pasti memikat bakal majikan atau jabatan atau kementerian.
Percayakah anda, untuk mencari pekerjaan, resume adalah perkara kedua yang paling penting selepas keputusan cemerlang anda?
Bertahun lamanya anda bertungkus-lumus memperbaiki keputusan anda semasa belajar. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dan hampir dibuang tetapi anda berjaya habiskan juga pengajian anda. Ada yang lain pula memang cemerlang sedari awal masuk institusi sehinggalah tamat pengajian.
Tapi itu tidak penting.
Anda cemerlang atau tidak, semasa memerlukan pekerjaan, skill menulis resume kerja kerajaan inilah yang perlu anda tumpukan kerana bukan semua daripada anda yang cemerlang mampu memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.
Dan anda tidak perlu terkejut jika ada graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada penulisan resume dan skill menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.
Satu contoh – menyanyi. Kami percaya ramai di antara anda yang boleh menyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda menyanyi dengan nada dan rentak yang betul. Ada yang bersuara tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian not dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – saya jamin tiada sesiapa pun yang mahu mendengarnya!
Begitu juga dengan penulisan resume. Penulisan resume kerja kerajaan tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume kerja yang mendatar. Tiada yang menarik, tiada irama dan sumbang. Dalam erti kata lain ia adalah resume anda sama sahaja dengan lain-lain resume kerja yang dihantar oleh calon-calon yang menjadi pesaing.
Sebagai majikan, perkara itu membuatkan perasaan muak dan jemu muncul. Majikan bukannya terpaksa melihat resume anda seorang tetapi banyak lagi resume lain!
Sematkan ini dalam ingatan:
Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk memastikan bakal majikan tertarik dan ingin mengambil anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian memerlukan teknik penulisan yang betul untuk MEMIKAT bakal majikan.
Apakah yang dimaksudkan dengan resume kerja Kerajaan Yg ‘memikat’ itu pula?
Pastikan keseluruhan isi kandungan resume kerja anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Sehinggakan majikan boleh jatuh hati pada pertama kali memandang sepintas lalu resume anda dan tidak sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda.
Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar. Pendek kata, apa sahaja yang majikan mahu, ada dinyatakan dengan jelas dan dinyanyikan dengan merdu dalam resume kerja anda.
Sebagai permulaan ke arah menulis resume kerja kerajaan yg bagus, mohon baca perkongsian lepas kami mengenai contoh resume – cara menulis resume yang power.
Cuba fikirkan..
Anda meletakkan pertaruhan diri ke dalam sehelai kertas, sudah sewajarnya anda menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda dengan sebaik yang anda mampu. Tambahkan elemen-elemen memikat di dalam resume kerja kerajaan anda. Dengan ini, kebarangkalian majikan menolak resume anda adalah rendah.
Inilah sasaran UTAMA anda sebenarnya – untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya!
Setelah bakal majikan berjaya diyakinkan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui orangnya dengan lebih lanjut. Di sinilah timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume adalah perkara pertama yang perlu ditonjolkan.
Kajian tentang kemahuan syarikat / jabatan / kementerian
Jadi, lakukanlah kajian tentang kemahuan syarikat (klu anda mohon kerja swasta la) yang anda mohon kerja itu terlebih dahulu. Kemudian penuhi kemahuannya melalui resume kerja anda. Inilah yang anda perlu tekankan jika anda ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan anda menulis resume kerja dengan skil yang diasah, anda mampu lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.
Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu ‘rahsianya’. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume kerja anda. Kami yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang anda idamkan.
Mencari rahsia memang memenatkan. Lagipun tiada orang yang akan mendedahkan rahsia yang hebat dan cukup berguna kepada semua orang dengan sukarela melainkan anda membeli ‘kepakaran’ dan ‘rahsia’ mereka.
Inilah salah satu kegunaan wang yang amat bagus. Ia boleh membeli perkara yang sulit dan tidak akan didedahkan dengan percuma. Jika anda mahu menggunakan kuasa wang anda itu, kami akan bocorkan satu rahsia (untuk anda yang sanggup sahaja). Sebenarnya terdapat satu panduan Rahsia & Contoh Resume Kerja Kerajaan.
Cuba lihat dahulu di bawah adakah ia menepati keperluan anda.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rahsia Resume Kerja Kerajaan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa anda kena dapatkan rahsia resume kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling tak boleh blah!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rahsia resume kerja kerajaan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal dipanggil ke sesi temuduga sekali pun, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm rujukan rahsia resume kerja kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menulis resume yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Mobile Legend
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rahsia resume kerja kerajaan ni. Pastu baca nota-nota tu. Guna template resume yg diberi. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa dipanggil temuduga je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya
Rahsia resume kerja kerajaan yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar penulisan resume kerja kerajaan dan kerja swasta. Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun dalam dunia kerjaya di Malaysia (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji resume yg mantap.
5) Memudahkan hidup anda
Template resume pasang siap tu memang memudahkan hidup. Tak payah susah-payah karang resume daripada kosong. Ada saja kekosongan kerja dimana-mana, terus hantar resume anda. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Rahsia resume kerja kerajaan ni murah giler. Cuma RM40 sahaja (pakej basic). Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rahsia resume kerja kerajaan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan rahsia resume kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Rahsia resume kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam – 2 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula menulis resume power!
Soo.. Itulah dia sepintas tentang resume kerja kerajaan yg pasti memikat bakal majikan. Utk lebih lagi termasuk template resume pasang siap (yg memudahkan kerja anda), cover letter (apa benda ni) dan soal jawab spesifik resume serta banyak lagi. Anda digalakkan mendapatkan rahsia resume kerja kerajaan di atas.