Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA yg dijadualkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah) ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Isi Kandungan
Pengenalan kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan atau Medical Laboratory Technologist (MLT) memberi fokus terhadap kajian atau penyelidikan yang digunakan untuk membantu dalam diagnosis, penentuan punca penyakit, cara kawalan dan juga penyembuhannya.
Selain itu, bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan U5 juga membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang. Kerjaya seorang Juruteknologi Makmal Perubatan U5 adalah menarik, mencabar dan sesuai bagi anda yang mempunyai minat mendalam terhadap teknologi sains gunaan. Di negara luar, kerjaya ini juga kadang-kadang dipanggil Saintis Bioperubatan / Saintis perubatan / Saintis Makmal Perubatan.
Baca juga : soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U1
Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) sebenarnya agak luas, ianya diamalkan di hospital kerajaan dan swasta dalam pelbagai jabatan perubatan dan kesihatan seperti:
- Jabatan Patologi.
- Jabatan Imunohematoogi (Perkhidmatan Penabungan dan Pemindahan Darah).
- Institusi Penyelidikan.
- Universiti-universiti.
- Institutsi-institusi Perubatan/Kesihatan Kerajaan dan Swasta.
- Makmal-makmal Patologi Swasta.
Kelayakan lantikan Juruteknologi Makmal Perubatan U5
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Diploma Teknologi Makmal Perubatan daripada Kolej Teknologi Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Tangga gaji skim perkhidmatan Juruteknologi Makmal Perubatan :
Gaji basic untuk yang baru dilantik ke jawatan ini ialah RM1,974.00, dengan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM145.00 setiap tahun.
Elaun / Imbuhan Tetap :
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM160
- Imbuhan Tetap Perumahan RM180
- Elaun Sara Hidup (COLA)*
*Mengikut wilayah bertugas RM100/RM200/RM300
Info penting : Bahagian Pengambilan Khas Separa Perubatan SPA
Skop kerja Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Antara lain bidang tugas seorang Juruteknologi Makmal Perubatan dari segi penyelidikan dan pentadbiran adlaah:
1. Penyelidikan
- Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
- Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
- Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
2. Pentadbiran
- Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
- Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
- Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
- Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
- Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.
Latihan separa perubatan (Juruteknologi Makmal Perubatan U5)
Sebelum anda layak dilantik ke skim perkhidmatan ini, terlebih dahulu anda kena menjalani latihan separa perubatan (Juruteknologi Makmal Perubatan U5) di Institut-institut latihan KKM berikut :
1. Kolej Teknologi Makmal Perubatan, Kuala Lumpur.
2. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching, Sarawak, atau
3. Lain-lain tempat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Elaun Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Sepanjang pengajian anda, berikut adalah kadar biasiswa dan kadar elaun yang akan diterima :
- Biasiswa – RM835.57 sebulan
- Elaun Buku – RM250.00 setahun
- Elaun Perkakas – RM25.00 sepanjang tempoh latihan
- Elaun Kertas Projek – RM90.00 setahun
- Elaun Jahitan Pakaian Seragam – RM45.00 sepasang
Baca seterusnya : Bidang Pengkhususan & Peluang Kerjaya Jururawat Di KKM
Tempoh latihan separa perubatan Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Anda akan berada di Institut ini selama 3 tahun dan perlu melepasi 6 semester yang getir! Subjek-subjek yangakan anda pelajar ialah :
• Kimia
• Imunologi
• Statistik & Matematik
• Mikrobiologi Perubatan
• Hematologi
• Patologi Anatomi
• Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
• Biologi Manusia
• Biokimia
• Patologi Kimia
• Parasitologi Perubatan
• Imunohematologi
• Sitologi
• Instrumentasi
Setelah tamat latihan dan lulus peperiksaan yang diwajibkan, anda akan dianugerahkan Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).
Alamat dan nombor dihubungi
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, atau untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
UNIT LATIHAN PRA PERKHIDMATAN,
BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 6, N0.26, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 3,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62675 PUTRAJAYA.
TEL : 03-8885 0600 . FAKS : 03-8885 0747/48
Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan u5
- Sila duduk. Boleh terangkan sedikit tentang diri anda,latar belakang pendidikan.
- Ada pengalaman kerja?
- Terangkan sedikit tentang nilai integriti?
- Daripada kesemua bidang yang ditawarkan ini,yang manakah paling awak minati? Kenapa?
- Nampaknya awak memang begitu berminat tentang bidang ini. Baiklah cuba terangkan kepada saya skop kerja seorang JTMP?
- Boleh anda terangkan sedikit tentang darah A?
- Jika begitu,golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis A?
- mengapakah golongan lain tidak dapat menderma darah kepada darah jenis O?
- Baiklah. Siapakah menteri kesihatan kita?
- Apakah contoh penyakit yang berjangkit?
- Jika penyakit tersebut boleh berjangkit,bagaimanakah kita boleh mendapat minimakan risiko?
- Awak ada soalan untuk kami?
Contoh Soalan Temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan di atas untuk rujukan sahaja. Tidak dijamin anda akan dapat soalan yang sama. Tapi nasihat kami, cuba sediakan jawapan kepada soalan-soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan ini sebagai ‘payung’ sebelum hujan pada hari kejadian. Untuk ‘payung’ yang lebih besar dan lebih kalis rindu, eh.. kalis air boleh rujuk di bawah.
Info : Semakan Temuduga/Peperiksaan (PSEE) Separa Perubatan Sesi Januari 2025
Anda dipanggil ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5?
Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.
Anda patut dan mesti miliki panduan menduduki temuduga separa perubatan di bawah untuk kemudahan anda. Antara lain kandungannya adalah contoh-contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5.
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
Ramai calon Juruteknologi Makmal Perubatan U5 gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.
Dengan harga promosi RM10, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.
Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!
Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5.
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM10 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM10 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan menerima email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5 ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5.
Selain itu,
Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.
Info tambahan : Soalan temuduga Pegawai Sains C9
Beberapa FAQ Mengenai Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan U5 adalah bertanggungjawab:
- Kajian/Penyelidikan.
- Mengambil contoh-contoh untuk kajian daripada pesakit-pesakit dan binatang-binatang.
- Menyediakan ujian dan simpanan reagcut, media, standard solution suspension dan lain-lain.
- Membantu kerja-kerja pembedahan mayat yang berkaitan undang-undang.
- Pentadbiran
- Menerima, merekod dan mengirim contoh-contoh untuk ujian.
- Menyelenggara perjalanan, pembersihan dan meminyakkan alat-alat kelengkapan makmal.
- Membantu dalam pemesanan bekalan dan menyimpan senarai alat-alat kelengkapan (inventory).
- Mengemukakan semua laporan keputusan ujian dan menyimpan peraturan-peraturan yang dijalankan dan keputusan ujian-ujian yang diperolehi bagi perkhidmatan, penyelidikan dan pengajian.
- Memangku dan mengambil tanggungjawab Juruteknologi Makmal Perubatan Tingkatan Khas semasa ketiadaan beliau.
- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.
Gaji Juruteknologi Makmal Perubatan U5
Basic gaji Juruteknologi Makmal Perubatan U5 ialah RM1,974.00.
Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5 untuk kali ini.
Selamat menjalani sesi temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U5 daripada kami dan semoga berjaya!
PROMOSI MENARIK BAGI KEMASUKKAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI DALAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN DI UNIVERSITI SELANGOR UNISEL
LANCARKAN IMPIAN……
MENJADI MAHASISWA & MAHASISWI UNISEL
PROMOSI MENARIK KURSUS DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA DI FAKULTI BIOPERUBATAN DAN SAINS KESIHATAN UNISEL:
1. DIPLOMA TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
2. DIPLOMA FISIOTERAPI
3. DIPLOMA PENGIMEJAN PERUBATAN
4. DIPLOMA KESIHATAN PERSEKITARAN
5. DIPLOMA KEJURURAWATAN
6. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL
PERUBATAN (HONS)
7. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS MAKMAL
PERUBATAN (HONS) (BAGI YANG TELAH BEKERJA)
8. IJAZAH SARJANA MUDA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (HONS)
(DIATAS PERMINTAAN RAMAI PROMOSI PERMOHONAN PENDAFTARAN UNISEL UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR SEBAGAI MAHASISWA DAN MAHASISWI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL) BAGI PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA TELAH DIBUKA SEKARANG.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI UNISEL SILA MESEJ SMS @ WHATSAPP @ WECHAT KEPADA EN AM 0176842836 (UNISEL, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN EMAIL) BAGI KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN TAHUN ASAS DI UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL).
(HARI PENDAFTARAN) -TARIKH PENDAFTARAN
TARIKH : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
HARI : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
MASA : (SILA WHATSAPP @ SMS EN AM UNTUK MAKLUMAT LANJUT)
SILA HUBUNGI EN AM 017 6842 836 untuk mendapatkan maklumat lanjut. Boleh juga untuk SMS ATAU WhatsApp dan WeChat kat 017 68 42 836 UNTUK MAKLUMAT LANJUT. Sesiapa yang sudah isi online dan dapat surat tawaran UNISEL Tetapi mahu untuk menukar kursus yang lain di UNISEL DIMINTA untuk mesej SMS @ WHATSAPP @ WECHAT bagi kursus yang diambil, sama ada bagi kursus dalam program diploma atau sarjana muda atau tahun asas kepada EN AM, TEL :017-6842 836 (UNISEL TUKAR, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN DAN EMAIL) untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan penukaran kursus dan pendaftaran. Sesiapa yang layak boleh tukar kursus. (Bergantung kepada terma dan syarat oleh pihak UNISEL)
MENGAPA UNISEL MENJADI PILIHAN?
*Jumlah tenaga akademik bertaraf Profesor , Profesor Madya dan berkelulusan Ph.D antara tertinggi di IPTS
*Kemudahan infrastruktur terkini di Kampus Shah Alam dan kampus utama dengan keluasan 1000 Ekar di Bestari Jaya
*Persekitaran pembelajaran yang holistik
*Melahirkan tenaga profesional yang berakhlak dan bermoral tinggi
*Menyediakan biasiswa dan bantuan kewangan kepada yang layak
*Terbuka kepada pelajar pelbagai aliran termasuk pelajar kelulusan SPM(A) / STPM/ STAM/DIPLOMA
*Yuran pendaftaran dan pengajian yang berpatutan
*Universiti milik penuh Negeri Selangor
UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT SURAT TAWARAN DAN PINJAMAN PENGAJIAN SEGERA SILA HUBUNGI: NAMA : EN AM TEL : 017-6842 836 Email: amirmaju[at]yahoo.com
Sesiapa yang sudah isi online dan dapat surat tawaran UNISEL DIMINTA dan DIWAJIBKAN untuk mesej EN AM 0176842836 (UNISEL, NAMA PENUH, NOMBOR KAD PENGENALAN EMAIL DAN KURSUS YANG DIAMBIL) sama ada diploma atau sarjana muda @ tahun asas kepada EN AM, TEL : 017-6842 836 untuk rujukan seterusnya bagi memudahkan urusan pinjaman pengajian dan pendaftaran. Anda juga boleh menghubungi EN AM, TEL : 017-6842 836 Sila isi borang segera secara online di website
apply.unisel.edu.my/ (KLIK LINK INI UNTUK DAFTAR ONLINE)
unisel.edu.my/ (KLIK LINK INI UNTUK DAFTAR ONLINE)
Saya baru graduate tahun lepas in DMLT (diploma medical laboratory technology) , kalau dah dapat diploma ni perlu jalani latihan separa perubatan juga ke ? Universiti saya diiktiraf kerajaan.