Bidang Pengkhususan & Peluang Kerjaya Jururawat Di KKM

Peluang Kerjaya Jururawat Di KKM

Bidang Pengkhususan & Peluang Kerjaya Jururawat Di KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan kepada Jururawat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejururawatan untuk pembangunan kerjaya mereka. Latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

Baca : Gaji pokok, elaun dan kemudahan Jururawat

Kursus Pos Basik / Pengkhususan

– Anaesthesia

– Kebidanan

– Kecemasan

– Kejururawatan Kes Awam

– Perawatan Gerontologi

– Perawatan Koronari

– Perawatan Neonat

– Perawatan Oftalmik

– Perawatan Onkologi

– Perawatan Ortopedik

– Perawatan Pediatrik

– Perawatan Perioperatif

– Perawatan Psikiatri

– Perawatan Rapi

– Perawatan Neurosains

– Pengurusan Diabetes

– Perubatan Sukan

– Perawatan Otorinolaringologi

– Forensik

– Perawatan Perianestesia

– Kawalan Infeksi

– Perawatan Rehabilitasi

– Penjagaan Kesihatan Primer

– Gastrointestinal Endoscopy

Baca juga : Ciri-ciri Jururawat professional

Pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana

Jururawat yang mempunyai kelayakan di peringkat diploma dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah layak mendapat kemudahan cuti belajar separuh gaji.

Kemudahan ini diberikan sebanyak dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan. Kaedah pengajian boleh dilakukan sama ada secara separuh masa, pengajian jarak jauh atau separuh masa.

Baca seterusnya : Soalan lazim dalam temuduga Jururawat

* Rujuk pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Latihan (JPA) Serta mengikut Pekeliling Perkhidmatan Awam 9/2005 bagi peningkatan skim kejururawatan.

Dipanggil exam online ke latihan Jururawat KKM? Baca panduan peperiksaan separa perubatan ni.

Bagi yang dijadualkan untuk menghadiri temuduga Jururawat dalam masa terdekat ini, sila rujuk panduan temuduga separa perubatan ini.

Info penting : Panduan temuduga untuk latihan Jururawat

Leave a Comment

error: Content is protected !!