Anda dah lulus ujian psikometrik dan kini dipanggil ke temuduga Latihan Jururawat? Syabas diucapkan! Jadi tgh cari rujukan contoh soalan temuduga Jururawat U5 la ni kan? Khas untuk calon-calon temuduga Latihan Jururawat Sesi Julai 2025 yang akan menduduki sesi temuduga yg telah dijadualkan pada 9 Jun 2025 – 13 Jun 2025 (calon Sarawak) dan pada 9 Jun 2025 – 18 Jun 2025 (calon Semenanjung) ini. Sila beri perhatian penuh terhadap perkongsian ini. Siapa tahu, mungkin post ini bakal merubah masa depan anda dan memberi sinar pada yang tersayang!
Isi Kandungan
Nota Penting: Kepada anda yg dapat panggilan ujian psikometrik Jururawat U5 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 19 September 2025 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh anda perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U5.
Semakan Penjadualan Temuduga Jururawat U5 2025
1) LATIHAN JURURAWAT SESI JULAI 2025 (SARAWAK)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 9 – 13 Jun 2025]
2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN LATIHAN DIPLOMA JURURAWAT SESI JULAI 2025 (SEMENANJUNG)
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 9 – 18 Jun 2025]
3) LATIHAN JURURAWAT
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 4 – 5 Jun 2025]
4) LATIHAN JURURAWAT Sekiranya ingin memohon jawatan kosong Jururawat U5 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Jururawat U5 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online. Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Jururawat U5; Gaji minimum – RM1,974.00 Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Jururawat U5 layak terima. Secara ringkas, adalah bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya. Paling penting adalah kesanggupan bekerja secara syif. Selain itu, kebolehan menerima dan menyerap tekanan, jujur, amanah, cekap menjalankan tugas dan patuh kepada arahan ketua jabatan.
(KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)
(Temu Duga)
[ Tarikh Temu Duga: 3 – 13 Jun 2025]
Bagaimana memohon jawatan kosong Jururawat U5?
Berapakah gaji dan elaun Jururawat U5?
Gaji maksimum – RM6,001.00
KGT – RM145.00Apakah deskripsi tugas Jururawat U5?
Apakah ciri-ciri Jururawat U5?
Bacaan tambahan : soalan temuduga polis
Syarat lantikan dan kelayakan Jururawat U5
Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :
Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;
Dan
Diploma Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.(Gaji permulaan ialah pada Gred U5: RM1,974.00).
Dan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tempat Bertugas Jururawat U5
Sudah tentu di KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.
Soalan temuduga Jururawat U5 (berkenaan kementerian / jabatan)
Percaya cakap kami, soalan temuduga yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian / jabatan / institut dimana anda bakal ditempatkan.
Dalam ambilan kali ini, sudah tentu berkaitan KKM.
Adalah patut untuk anda mengetahui :
Misi, visi dan objektif utama penubuhan KKM.
Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri.
Contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang paling lazim diajukan
Apakah dua contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?
Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:
a. anda diminta memperkenalkan diri.
Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.
b. Alasan kenapa anda memohon jawatan sebagai Jururawat U5.
Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti anda tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk anda memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.
Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri anda dengan jawatan Jururawat U5 ini.
Contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang paling popular
Di bawah merupakan contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang anda boleh rujuk untuk persediaan temuduga anda nanti.
- Siapakah nama Menteri Kesihatan yang menaungi KKM?
- Terangkan tanggung jawab KKM di Malaysia.
- Sebagai seorang Jururawat, bagaimana anda melayani pelanggan yang datang ke klinik?
- Apa yang anda faham tentang logo KKM?
- Klinik dan hospital mempunyai perbezaan dari segi apa?
- Beri contoh-contoh kempen kesihatan yang dianjurkan KKM.
- Bolehkah anda bekerja secara syif?
- Bagaimana anda menguruskan tekanan kerja Jururawat?
- Apakah aktiviti yang pernah anda lakukan berkaitan dengan Jururawat?
- Apa warna pakaian bagi Jururawat?
- Terangkan tugas-tugas Jururawat di klinik.
- Berikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Jururawat.
- Bolehkah anda menguruskan pesakit yang sudah berusia?
- Bagaimana reaksi anda dengan darah dan najis, boleh tahan?
- Apa kaitan Rukun Negara dengan Jururawat?
- Apa yang anda faham mengenai integriti?
- Bolehkah anda menjalankan kerja-kerja menyelamat seperti CPR?
Antara topik yang dicadangkan untuk diulangkaji meliputi :
Bidang tugas jawatan,
Di mana jawatan ini akan ditugaskan,
Dasar-dasar negara,
National Key Result Areas (NKRA),
Strategi Lautan Biru Kebangsaan,
Sebelum tu,
Jangan lupa semak lokasi temuduga anda sebelum hadir. Jangan sampai, sesat pulak pada hari kejadian. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan. Bahkan boleh di-blacklist oleh SPA. Peluang anda boleh musnah sama sekali.
Ramai Gagal Temuduga Jururawat U5
Ni sedih ckit. Untuk pengetahuan, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga Jururawat U5.
Antara yang dikenalpasti adalah :
- Tidak tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
- Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
- Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga
Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Jururawat U5 yang akan diajukan panel.
Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai ‘mengambil hati’ panel, penampilan ‘selekeh’ dan lain-lain.
Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Jururawat U5 yang ‘menggiurkan’ kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga Jururawat U5.
Sayang bukan?
Sudah tentu anda tidak mahu jadi seperti mereka!
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan
Ramai calon Jururawat U5 gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab tak tahu apa yang panel nak dengar, tak tahu cara susun fail, dan gugup bila disoal.
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan oleh AtokPencen.com ini disusun khas untuk bantu korang bersedia dari A sampai Z dengan skrip jawapan, contoh soalan sebenar, checklist dokumen, teknik komunikasi, dan bonus latihan keyakinan.
Dengan harga promosi RM10, korang akan dapat lebih 60 muka surat panduan padat, praktikal dan mudah faham.
Kalau korang betul-betul nak lulus, ini pelaburan paling bijak untuk masa depan. Klik di bawah untuk tempah sekarang dan mula bersedia hari ini!
Rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan dalam Latihan Separa Perubatan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Jururawat U5.
Selain itu,
Korang juga boleh baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini, post ini membincangkan beberapa contoh soalan dan persediaan yg harus korang lakukan sebelum tarikh temuduga tiba.
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa korang kena dapatkan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!
1) Korang jadi insan mulia
Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam temuduga Latihan Separa Perubatan ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.
2) Hati korang jadi riang ria
Nota ringkas & padat dlm Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Genshin Impact
Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan (sesuai dimanfaatkan oleh calon temuduga Latihan Separa Perubatan) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa iv je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 17 tahun kami sepenuhnya
Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg terkandung di dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini akan membiasakan korang dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan temuduga bocor. Bukan soalan temuduga ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.
Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 17 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.
5) Memudahkan hidup korang
Skema cara menjawab soalan temuduga dalam Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni murah giler. Sekarang ni cuma RM10 sahaja. Apa yang korang boleh dapat dengan RM10 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
7) Lagi Hawau..
Dan disebabkan kemurahan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
First of all, Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Korang akan menerima email mengandungi fail panduan selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.
Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?
Biasanya 24 jam (maksimum), tapi selalunya lebih cepat daripada itu.
Cara ni lebih cepat utk korang mula prepare ke temuduga Jururawat U5.
Korang patut miliki segera panduan Panduan Lulus Temuduga Latihan Separa Perubatan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan temuduga Jururawat U5 ini.
Sekali lagi dinyatakan, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon temuduga Jururawat U5.
Confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak janjikan anda lulus. Apa yang atok recommend ni adalah rujukan terbaik yang ada di pasaran. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan temuduga Jururawat U5 anda.
Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.
Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang akan anda hadapi pada tahun ni.
Contoh soalan temuduga Jururawat U5 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki temuduga!
Lain-lain temduduga
Bagi yang turut menerima panggilan temuduga bagi lain-lain jawatan SPA, berikut beberapa contoh soalan temuduga SPA yang boleh anda jadikan rujukan. Moga ada manfaatnya..
assalamualaikum, sya nk tanya ni…kat kedai mana jual buku soalan lazim temuduga jururawat????
Rm40 tok 6 naskah bku ker
RM40 TOK 6BUAH BUKU
Interesting in nursing