Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19 (PKA)

Anda dipanggil ke peperiksaan online Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan ini? Di bawah kami kongsikan 10 contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19 dengan jawapannya sekali.

Contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19
Kolej kesihatan Awam (KKM), Batu Rakit, Terengganu

Nota Penting: Bagi anda yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam Sesi Julai 2024 utk ambilan di ILKKM yg dijadualkan pada 17 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 18 Mac 2024 – 19 Mac 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 19 Mac 2024 – 20 Mac 2024 ini (untuk calon Sabah). Bahan ulangkaji dan latih tubi ke iv boleh diperolehi di soalan temuduga Latihan Pembantu Kesihatan Awam.

Untuk anda yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ambilan KKM yg dijadualkan pada 14 Februari 2024 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Post ini kami bahagikan kepada dua (2) bahagian, yakni;

  1. Temuduga Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19
  2. Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19

1. Temuduga Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19

Seperti yang sudah dimaklumi, keputusan peperiksaan online Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19 telah diumumkan. Tahniah kepada yang lulus.

Kini fokus kita tertumpu kepada sesi temuduga.

Panggilan temuduga sudah dikeluarkan SPA. Boleh semak nama anda di bawah:

  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam Sesi Januari 2023
    (Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung))
    [ Tarikh Temu Duga: 07 November 2022 – 11 November 2022 ]
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)(Sarawak)
    [Tarikh Temu Duga: 24 Oktober 2022 – 27 Oktober 2022]

Contoh soalan temuduga Pembantu Kesihatan Awam U19

Sekadar infomasi ringkas daripada kami, sekiranya anda mencari contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19.

12 Contoh Soalan Temuduga Pembantu Kesihatan Awam

  • Boleh awak kongsikan isu semasa yang terkini?
  • Apa awak tahu tentang COVID-19? Terangkan.
  • Apa peranan PKA dalam memerangi wabak ni?
  • Kenapa awak pilih jawatan kerajaan sedangkan awak kerja swasta?
  • Boleh ceritakan serba ringkas latar belakang awak.
  • Agaknya apa tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam U19?
  • Keja mana sekarang?
  • Kenapa awak rasa kami patut ambil untuk jawatan ni?
  • Awak cita-cita apa sebenarnya?
  • Pernah dengar pasal jawatan Pembantu Kesihatan Awam?
  • Bukan gaji swasta lagi tinggi ke?
  • Jika awak diberi peluang, sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?

Tajuk untuk ulangkaji sebelum hadir temuduga

  1. Clinical of course
  2. Misi, visi, logo dan skop kerja yang ditawarkan
  3. Akta Makanan 1983
  4. NKRA, RMK 10, SST, GST, COVID-19

Inilah antara contoh soalan temuduga Pembantu Kesihatan Awam U19 yang mungkin akan ditanya. Ada perkataan ‘mungkin’ di situ.

Selain itu, untuk menambah nilai diri anda, pastikan anda nampak tahu dan peka isu semasa yang akan ditanya oleh panel SPA.

Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Keselamatan KP19

Rujukan Temuduga Pembantu Kesihatan Awam U19

Rujukan temuduga separa perubatan di bawah sudah membantu ramai calon sebelum ini. Jadi tahun ini giliran anda pula untuk mendapatkan manfaatnya.

Banyak contoh soalan dan banyak perkongsian pengalaman sebenar calon-calon temuduga separa perubatan yang lepas ada di dalamnya.

Inilah dia rujukan yang dimaksudkan.

Contoh soalan temuduga Pembantu Kesihatan Awam U19

Sebelum itu,

Jangan lupa semak sekali lagi lokasi temuduga SPA dimana anda telah dijadualkan. Jangan sampai sesat pada hari kejadian. Memang tak pasal-pasal. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan. Bahkan boleh di-blacklist oleh pihak SPA. Peluang anda boleh hancur sama sekali.

Jangan buang masa di sini, sekiranya anda dipanggil untuk exam pembantu pergigian, terus baca contoh soalan exam online Pembantu Pembedahan Pergigian U19.

2. Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam / PKA U19

Tarikh SPA untuk menjalankan peperiksaan online (PSEE) untuk menyaring kelayakan calon-calon Pembantu Kesihatan Awam U19 bagi tahun 2022 masih belum diputuskan secara pasti.

Menyaring kelayakan siapa? Sudah tentu kelayakan calon-calon untuk dipilih memasuki latihan separa perubatan bertaraf sijil – Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 atau orang sebut sebagai PKA saja.

Agak ramai calon kali ini, kerana panggilan PKA melibatkan calon-calon Sabah / Sarawak / Semenanjung. Panggilan belum dikeluarkan melalui emel dan SMS.

Semakan semula boleh dibuat menerusi pautan berikut :Semakan panggilan peperiksaan online (PSEE) PKA U19

*Peringatan penting – Semua calon akan menduduki peperiksaan online (PSEE) pada sesi dan masa yang sama, bermula jam 11.00 pagi hingga jam 11.20 pagi.

Cuma 20 minit masa peperiksaan. Tetapi inilah detik singkat yang menentukan hala tuju masa hadapan anda!

Jadi jangan sia-siakan ruang waktu yang sesingkat itu dengan membuat persediaan yang sebaiknya.

Jadi dalam perkogsian kami kali ini, tips mengenai peperiksaan online (PSEE) Pembantu Kesihatan Awam akan dibincangkan. Ikuti satu persatu.

Apa tugas Pembantu Kesihatan Awam U19?

Sebagai seorang calon Pembantu Kesihatan Awam, anda kena tahu apakah tugas hakiki. Dalam peperiksaan online (PSEE) andai kata soalan ini keluar, memang rugi la kerana diabaikan.

Antara tugas seorang Pembantu Kesihatan Awam (selain apa yang diarahkan oleh ketua jabatan) ialah :

Bekalan Air Dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

  1. Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan air limbah;
  2. Penyeliaan ke atas pembinaan sistem pelupusan sisa pepejal;
  3. Pengawalan mutu air minum luar bandar termasuk membantu dalam penguatkuasaan Akta Air Minum;
  4. Terlibat dalam pengawalan kesihatan alam sekitar dan program perlindungan alam sekitar.

*Nota – BAKAS ni kalau dalam loghat suku di Sabah, lain ckit maknanya. Tapi bagus juga, ia boleh jadi macam akronim (memudahkan dalam mengingat fakta semasa exam online nanti). Hihi..

Saringan exam online yang SPA jalankan ini tidak lain adalah untuk membekalkan sejumlah bakal graduan PKA untuk diserap oleh KKM. Sudah pasti la kan.

Baca juga mengenai : contoh soalan Pegawai Khidmat Pelanggan N19

Format Peperiksaan Online (PSEE) Pembantu Kesihatan Awam U19

Jika anda perasan, peperiksaan online Pembantu Kesihatan Awam sebelum ini terdiri daripada 2 seksyen :

  • Seksyen A Psikometrik
  • Seksyen B Pengetahuan Am

Namun, kali ini SPA membuat perubahan dengan mengurangkan satu seksyen. Jadi, untuk 2019, hanya satu seksyen yang tinggal :

  • Seksyen A Pengetahuan Am

Seksyen A ditiadakan, sementara seksyen B ditukar menjadi seksyen A.

Selari dengan pengurangan seksyen, sudah tentu jumlah soalan juga berkurangan. Adakah ini boleh dikira sebagai berita gembira?

Boleh jadi – iya.

Kalau kita mengambilkira hanya untuk kegembiraan di peperiksaan online sahaja.

Boleh jadi – tidak.

Kalau kita pertimbangkan, seksyen asal – A Psikometrik itu akan dijadikan ujian berasingan yang juga perlu anda diduduki kemudian nanti dan akan dipanggil sebagai Ujian Psikomerik!

Hhmmm.. Panas yang anda harapkan tidak sampai ke petang nampaknya.

Tips Pengetahuan Am Peperiksaan PKA U19

Sedikit tips untuk seksyen pengetahuan am. Sila luangkan banyak masa. Seberapa banyak masa yang anda ada untuk mencari, mengenalpasti dan membaca isu-isu semasa.

Secara umum, pengetahuan am bertindak menguji calon dengan skop soalan yang luas.

Soalan-soalan ini akan disesuaikan dengan tugas anda sebagai calon PKA U19 dalam dunia kesihatan dan pentadbiran negara.

Apa yang calon PKA perlu ambil tahu?

Cadangan kami – kenalpasti peristiwa atau perkara penting yang terjadi dalam dalam negara untuk tempoh 1-2 tahun kebelakangan ini.

Bukan 1-2 bulan kebelakangan ya.. Tapi kalau rajin, apa salahnya.

Objektif  bahagian ini mudah, untuk mengukur daya kesedaran calon-calon terhadap perkara penting yang beraku di sekeliling anda.

Selain itu, apa lagi?

Istilah-istilah dunia kesihatan persekitara juga anda perlu kuasai. Tidak patut anda sebagai PKA tidak mengetahui sebutan-sebutan khusus. Ini akan berperanan penting dalam dunia pekerjaan anda nanti.

Memang sekarang anda belum tahu itu semua, tapi sudah sampai masanya untuk mempelajari perkara baharu. Lagi pun, ini untuk masa depan anda juga.

Antara istilah yang mungkin anda perlu pelajari, termasuklah :

  • Patologi kimia dan sinaran 
  • Agen biologi
  • Persekitaran fizikal, psikologi dan sosial
  • Persekitaran estetik
  • Kesihatan persekitaran awam
  • Kualiti udara
  • Keselamatan makanan
  • Penyelengaraan tapak tercemar
  • Pngurusan sisa terjadual
  • Tapak pelupusan sampah sanitari
  • Keracunan plumbum, raksa dan aarsenik
  • Sistem rawatan tangki septik
  • Tandas kimia
  • Lohong dan loji pembentungan
  • Bahan buangan perubatan dan klinikal
  • Keselamatan industri
  • Radiologi
  • Radiasi berion
  • Penyakit bawaan air rekreasi
  • Sumber air mentah dan air minum
  • Pengurusan dan pengagihan air domestik
  • Pengurusan simpanan air bersih
  • Pengklorinan dan pengfloridaan
  • Kawalan mutu air mentah bersih

Baca juga : Latihan Pembantu Kesihatan Awam U19: Syarat & Kelayakan!

Institusi dan unit kesihatan dalam negara

Mungkin juga tidak keluar exam online. Kami cadangkan saja. Tapi beranikah anda ambil risiko tidak mengambil tahu berkenaan pelbagai institusi kesihatan ini?

Sekadar menyenaraikan beberapa di bawah :

  • Institut Kesihatan Umum
  • Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (JKN Pahang)
  • Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu
  • Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
  • Bahagian Kawalselia Radiasi Kesihatan
  • Bahagian Pendidikan Kesihatan
  • Bahagian Kawalan Penyakita
  • Bahagian Pemakanan
  • Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19

Apa yang dikongsiskan ini bukan soalan sebenar. Pihak SPA tidak pernah mendedahkan soalan kepada umum. Ini hanya sebagai latihan kepada anda sahaja.

1. Sekiranya kamu ada aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan, pihak manakah yang boleh kamu ajukan perkara tersebut?

A. Pejabat Penerangan Daerah yang berhampiran.
B. Hospital kerajaan yang berhampiran.
C. Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
D. Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.

2. Apakah keadaan yang menyebabkan sesebuah premis makanan ditutup?

i. Tahap kebersihan premis makanan yang kurang memuaskan.
ii. Berlaku kes penyakit berjangkit berkaitan makanan seperti kolera, tifoid atau keracunan makanan.
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat perlesenan.
iv. Peniaga tidak meletakkan tanda pada makanan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

3. Apakah mekanisma kawalan yang dapat dilakukan untuk mengurangkan bau busuk di pasar awam?

i. Sistem pengurusan sisa pepejal teratur.
ii. Sistem perparitan yang baik.
iii. Sistem pendawaian yang selamat
iv. Penyelenggaran keseluruhan yang berkesan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4. Apakah amalan-amalan pengguna tandas yang bijak?

i. Pam berkali-kali
ii. Guna tandas dengan cermat untuk pengguna seterusnya.
iii. Pam selepas guna.
iv. Bersihkan tangan setelah menggunakan tandas.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

5. Bilakah Sambutan Hari Tandas Sedunia dan apakah objektifnya?

A. 19 September setiap tahun
B. 19 November setiap tahun
C. 19 Disember setiap tahun
D. 19 Oktober setiap tahun

6. Bagaimanakah cara untuk mengawal dan mencegah penyakit demam denggi?

i. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes*
ii. Mengamalkan kebersihan persekitaran rumah dan tempat bekerja*
iii. Menghapuskan haiwan terbiar seperti anjing
iv. Mengamalkan cara pemakanan sihat

A. I, II dan III
B. I dan IV
C. I dan II
D. I dan III

7. Apakah peranan masyarakat dalam mengawal dan mencegah penyakit bawaan nyamuk?

i. Pemeriksaan sendiri rumah
ii. pemeriksaan kilang berhampiran
iii. Ambil bahagian dalam program gotong royong
iv. Memastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8. Bagaimanakah bahan mentah makanan boleh tercemar dengan radioaktif ?

i. Melalui pencemaran rantaian makanan
ii. Melalui tanah dan air
iii. Melalui pendengaran
iv. Melalui pernafasan

A. I, II dan III
B. I dan IV
C. I dan II
D. I dan III

09. Ringkaskan pemeriksaan tahap 5 yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

A. Tahan, Uji dan Lepas.
B. Tahan, Uji dan Tahan.
C. Tahan, Uji dan Uji.
D. Tahan, Lepas dan Lepas.

10. Apakah tujuan ujian Cholinesterase untuk anggota vector dilakukan?

A. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Organophosphate sahaja.
B. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan pestisid (Organophosphate dan Carbamate).
C. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Carbamate sahaja.
D. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Genosid.

Selain daripada perkongsian tips-tips kami kali ini dan beberapa contoh soalan peperiksaan online PKA yang kami sediakan di atas, sudah pasti banyak lagi maklumat yang perlu anda cari sendiri. Sangat banyak sebenarnya.

Baca juga : soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29

Cuma, persoalannya ialah :

a) Adakah anda punya masa lapang yang cukup banyak? Kalau sedang bekerja (walaupun belum secara tetap – misalnya kerja di KFC), macamana? Mana sempat. Customer ramai berbaris tu.

b) Adakah anda tahu dimana menggali info-info ini? Kalau dapat maklumat salah, macamana? Sapa nak tanggung kesilapann tersebut?

c) Adakah data internet anda cukup? Nama pun belum bekerja tetap kan. Mana nak main PUBG lagi. Dah la sudah janji dengan team nak pegi attack. ML pun tak leh diabaikan juga. Hehe..

Kalau begitu, mahukah anda andai kami beri jalan pintas?

Bukan jalan pintas lulus. Itu kami tak jamin.

Tapi jalan pintas untuk terus study sahaja topik berkaitan exam online Pembantu kesihatan Awam ini tanpa perlu membuang masa merayau ke sini sana mencari maklumat.

Rujukan khas Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19

Hasil garapan oleh sekumpulan penulis kerjaya professional di Malaysia dan dipromosikan oleh sekumpulan blogger kerjaya handalan Malaysia.

Kami kuat mengesyorkan kepada anda rujukan ini. Ia adalah rangkuman nota-nota penting, contoh-contoh soalan (seperti soalan di atas dan lebih banyak lagi). Sudah tentu berserta contoh-contoh jawapan.

Contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam Gred U19

Rujukan peperiksaan online separa perubatan mengandungi :

  1. Latih tubi seksyen  A – Pengetahuan Am (lebih kurang 100 soalan & jawapan)
  2. Tip menjawab soalan peperiksaan online
  3. Nota-nota Pengetahuan am kesihatan di Malaysia
  4. Info terkini format peperiksaan 2020
  5. Lebih kurang 200 m/s

Anda perlu buat latih tubi yang dibekalkan. Ia akan menajamkan pengetahuan anda. Membiasakan diri dengan soalan seakan-akan exam sebenar.

Sudah pasti ini tidak menjamin boleh lulus. Tapi paling buruk sekali pun, anda masih tidak membazir masa mencari maklumat berjam-jam tanpa hala tuju yang betul. Saya nak dapatkan sekarang!

Tapi saya tak cukup bajet?

Kalau begitu, sebelum mendapatkan rujukan ini, kami cadangkan anda download dahulu preview copy percuma yang diberikan berkaitan nota separa perubatan dalam format PDF melalui pautan di bawah.

Bukan itu sahaja, anda turut dibekalkan dengan tips-tips berkenaan dengan exam online separa perubatan dari masa ke semasa.

Jadi anda tidak mengalami apa-apa kerugian pun. Download preview copy percuma dahulu.

Demikianlah perkongsian kami kali ini mengenai 12 contoh soalan temuduga Pembantu Kesihatan Awam U19 dan 10 contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesihatan Awam U19.

Kami doakan kejayaan anda!

Leave a Comment

error: Content is protected !!