Faedah, Manfaat & Imbuhan Bekerja Di Sektor Awam

Faedah, Manfaat & Imbuhan Bekerja Di Sektor Awam

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang dapat menjamin masa hadapan tidak kiralah samada sektor awam mahupun swasta. Bekerja dalam sektor awam amatlah diimpi-impikan oleh kebanyakan orang di Malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja yang menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti.

Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikannya yang tersendiri. Ada orang kata kerja di sektor awam ini ‘rileks’ sedikit berbanding swasta. Ada betulnya apa yang dipikirkan oleh orang ramai mengenai bekerja di sektor awam.

Tetapi tidak semestinya begitu! Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kerja Kerajaan menjadi kebangaan ibubapa

Rata-rata ibu bapa juga amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak kiralah di jabatan mana pun, ataupun di kementerian mana pun anak mereka bertugas. Anak mereka telah memberikan kebanggaan kepada mereka.

Ada yang menjadi pegawai, staf sokongan dan ada juga yang menjadi pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak jadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Jadilah ahli perniagaan jika mahu kaya!

Sebenarnya walaupun tidak memperolehi pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

Tapi sebelum bergelar penjawat awam, anda kena melalui sesi temuduga dulu. Jadi sila baca perkongsian kami 6 contoh soalan dan jawapan padu dalam temuduga.

Asam garam perkhidmatan awam

Penjawat awam ini sebenarnya memberikan dan menyumbangkan khidmat mereka demi membantu kerajaan mentadbir bumi Malaysia yang bertuah ini. Mereka ini lebih dihormati di kalangan masyarakat di atas jasa yang diberikan ini.

Penjawat-penjawat awam diterapkan nilai – nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan kerja mereka seharian. Sekali lagi, tidak dapat dinafikan ada juga penjawat awam yang menyeleweng dari tugasnya masing-masing.

Ada yang rasuah, tidak amanah, dan meyeleweng tetapi itu hanyalah segelintir sahaja. Dan bagi mereka yang sebegini, tidak lama mereka berada dalam sektor awam. Biasanya dibuang kerja atau pun merengkuk di penjara.

Pelbagai kemudahan penjawat awam

Pada masa kini, penjawat-penjawat awam diberikan pelbagai kemudahan dan kelebihan berbanding di sektor swasta. Ini semua adalah demi menjaga kebajikan kakitangan sektor awam juga. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan demi hal ini.

Selain itu juga, sektor awam juga mempunyai kesatuannya sendiri yang lantang memperjuangkan hak-hak penjawat awam di Malaysia. Contohnya CUEPACS, kesatuan ini amat lantang memperjuangkan hal-hal kebajikan penjawat awam terutamanya dari segi kenaikan gaji, elaun, kenaikan pangkat dan macam-macam lagi.

Kerajaan amat peka dengan tuntutan-tuntutan yang di buat oleh CUEPACS ini. Seperti yang anda sering baca dalam suratkhabar, biasanya tuntutan – tuntutan mereka dipenuhi. Oleh kerana merekalah gaji kakitangan awam dinaikkan pada tahun 2007 yang lepas.

kelebihan dan faedah di sektor awam

Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah:

  1. Elaun Perumahan,
  2. Cost Of Living Allowance (Cola),
  3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA),
  4. Kenaikkan Gaji Setiap Tahun,
  5. Kemudahan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan,
  6. Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan,
  7. Cuti Bersalin,
  8. Pinjaman Perumahan,
  9. Caruman KWSP ataupun Pencen,
  10. Bersara pada umur 50, 55, 58 dan 60 tahun (ikut pilihan).
  11. Peluang Kenaikan Pangkat,
  12. Peluang Melanjutkan Pelajaran,
  13. Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa,
  14. Bekerja dalam tempoh yang sesuai 8 jam sehari (kekadang lebih masa juga),
  15. Lebih masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga lebih bahagia,
  16. Bonus tahunan (diumumkan pada bajet tahunan kerajaan).

Sebelum anda salah faham mengenai senarai elaun dan faedah di atas, suka kami nyatakan dengan jelas bahawa bukan semua faedah iitu anda perolehi. Hanya sebahagian daripadanya sahaja. Bergantung kepada skim perjawatan, lokasi anda bertugas dan gred jawatan anda.

Dan disebabkan itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun. Maka dengan itu, tidak hairanlah kerjaya di sektor awam kini menjadi pilihan kerjaya di musim kegawatan ekonomi ini. Apatah lagi selepas negara melalui musim PKP yang getir baru-baru ini.

Di saat pekerja sektor lain ada yang dipotong gaji bahkan lebih teruk dibuang kerja. Penjawat awam pula menerima kelegaan melalui moratorium dan pengeluaran iLestari KWSP!

Nampaknya anda berminat, sudah isi borang SPA8i?

Tahniah, sekiranya anda dipanggil ke temuduga SPA! Tahukah anda, statistik setakat bulan September 2014, ada lebih 1.5 juta permohonan diterima oleh SPA?

So, how to stand out of 1 Million applicant have been selected by SPA? Hargai peluang ini dengan membuat persediaan rapi untuk hadir ke temuduga melalui pautan Pakej Rujukan Temuduga Lengkap.

Leave a Comment

error: Content is protected !!