Berikut Spesifikasi dan Klasifikasi Perkhidmatan Awam di Malaysia, dikemaskini berdasarkan maklumat rasmi daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), serta pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 Disember 2024.
Isi Kandungan
Apa Itu Perkhidmatan Awam?
Perkhidmatan awam Malaysia merangkumi semua jawatan yang diwujudkan oleh kerajaan untuk melaksanakan fungsi pentadbiran, pembangunan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi. Ia melibatkan:
- Perkhidmatan Persekutuan
- Perkhidmatan Negeri
- Badan Berkanun
- Pihak Berkuasa Tempatan
Setiap jawatan diklasifikasikan dan dispesifikasikan mengikut bidang tugas, kelayakan akademik dan skop kerja tertentu seperti yang digariskan oleh JPA dan SPA.
Kumpulan Perkhidmatan Awam (Mengikut SSPA)
Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2024 dan SPA Malaysia, perkhidmatan awam dibahagikan kepada tiga kumpulan utama:
1. Kumpulan Pengurusan Tertinggi
- Gred SSPA: 15 hingga 22
- Contoh jawatan:
- Ketua Setiausaha Negara (SSPA 22)
- Ketua Pengarah Jabatan (SSPA 18–20)
2. Kumpulan Pengurusan dan Profesional
- Gred SSPA: 9 hingga 14
- Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi
- Contoh jawatan:
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik (SSPA 9)
- Pegawai Teknologi Maklumat (SSPA 9)
- Akauntan (SSPA 9)
- Pegawai Pendidikan (SSPA 9)
3. Kumpulan Pelaksana
- Gred SSPA: 1 hingga 8
- Kelayakan: SPM, STPM, Diploma atau setaraf
- Contoh jawatan:
- Pembantu Tadbir (SSPA 3–4)
- Penolong Pegawai Tadbir (SSPA 5–6)
- Juruteknik Komputer (SSPA 4)
- Pembantu Perawatan Kesihatan (SSPA 1)
Klasifikasi Perkhidmatan Awam (SPA)
Terdapat 21 klasifikasi utama yang digunakan untuk mengenal pasti bidang tugas jawatan dalam sektor awam:
Kod | Klasifikasi |
A | Pengangkutan |
B | Bakat dan Seni |
C | Sains |
D | Pendidikan |
E | Ekonomi |
F | Teknologi Maklumat |
G | Pertanian |
H | Kemahiran |
J | Kejuruteraan |
K | Keselamatan dan Pertahanan Awam |
L | Perundangan dan Kehakiman |
M | Tadbir dan Diplomatik |
N | Pentadbiran dan Sokongan |
P | Pencegahan |
Q | Penyelidikan dan Pembangunan |
S | Sosial |
T | Penguatkuasaan Maritim |
U | Perubatan dan Kesihatan |
W | Kewangan |
Y | Polis |
Z | Tentera |
Kod ini digunakan sebagai awalan kepada gred jawatan. Contohnya:
U1 – Pembantu Perubatan
F9 – Pegawai Teknologi Maklumat
W5 – Penolong Akauntan
J4 – Juruteknik Kejuruteraan
Baca juga : 6 contoh jawapan padu dalam temuduga sektor awam
Penyeragaman Gred Jawatan (SSPA 2025)
Berikut ialah penukaran gred jawatan daripada SSM kepada SSPA:
Kelayakan Akademik | Gred SSM Lama | Gred SSPA Baharu |
PMR / Tiada SPM | Gred 11 / 14 | SSPA 1 |
SPM | Gred 19 / 20 | SSPA 1 |
SPM | Gred 21 / 22 / 24 | SSPA 2 |
SPM | Gred 25 / 26 | SSPA 3 |
SPM | Gred 27 / 28 | SSPA 4 |
STPM / Diploma | Gred 29 / 30 | SSPA 5 |
STPM / Diploma | Gred 31–36 | SSPA 6 |
STPM / Diploma | Gred 37–38 | SSPA 7 |
STPM / Diploma | Gred 39–40 | SSPA 8 |
Ijazah Sarjana Muda | Gred 41 / 42 | SSPA 9 |
Ijazah + pengalaman | Gred 43 / 44 | SSPA 10 |
Ijazah + senior | Gred 45 / 46 | SSPA 11 |
Ijazah + pengurusan | Gred 47 / 48 | SSPA 12 |
Pengurusan Atasan | Gred 51–56 | SSPA 13–15 |
Jawatan Tertinggi | JUSA / Turus | SSPA 18–22 |
Penyeragaman ini bertujuan memudahkan pemahaman awam dan penyelarasan antara jabatan. Tiada perubahan pada tangga gaji. Hanya penjenamaan semula gred.
Perkhidmatan Gunasama vs Bukan Gunasama
Perkhidmatan Gunasama
- Diuruskan oleh JPA
- Pegawai boleh ditukarkan antara kementerian
- Contoh skim:
- Pegawai Tadbir dan Diplomatik (SSPA 9)
- Penolong Pegawai Tadbir (SSPA 5–6)
- Pembantu Tadbir (SSPA 3–4)
Perkhidmatan Bukan Gunasama
- Diuruskan oleh kementerian masing-masing
- Pegawai kekal dalam kementerian tertentu
- Contoh skim:
- Guru (DG9) – KPM
- Pegawai Perubatan (U9) – KKM
- Pegawai Bomba (K9) – JBPM
Kenapa Penting Faham Spesifikasi & Klasifikasi?
- Bantu anda pilih jawatan yang sesuai dengan kelayakan.
- Fahami laluan kerjaya dan peluang kenaikan pangkat.
- Kenal pasti bidang tugas dan tanggungjawab.
- Rancang hala tuju pendidikan dan latihan.
- Elak kekeliruan semasa memohon jawatan melalui SPA9.
Perkhidmatan Awam Adalah Tulang Belakang Negara
Spesifikasi dan klasifikasi perkhidmatan awam di Malaysia bukan sekadar struktur, ia adalah sistem yang memastikan pentadbiran negara berjalan lancar, adil dan cekap.
Dengan memahami sistem ini, anda bukan sahaja boleh merancang kerjaya dengan lebih bijak, tetapi juga menghargai peranan penjawat awam dalam membina Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.
Nota: Jika anda meminati kerjaya di sektor awam, permohonan dibuat sepanjang masa melalui sistem bank data dan pada kebanyakan jawatan diuruskan pengambilannya oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Permohonan dibuat secara online melalui portal SPA9.
Beberapa Soalan Lazim Mengenai Pengredan Jawatan
Jururawat U5 kumpulan sokongan berapa?
Jururawat Gred U5 termasuk di dalam kumpulan Sokongan 1.
Kumpulan pengurusan dan profesional gred berapa?
Gred untuk kumpulan pengurusan dan profesional ialah 9 dan ke atas. Contohnya: Pegawai Perubatan Gred U9, Pegawai Farmasi Gred U9 dan ke atas.
Gred 1 kumpulan sokongan berapa?
Gred 1 ialah kumpulan sokongan II. Contohnya: Pegawai Bomba Gred KB1, Pembantu Akauntan Gred W1 dan lain-lain.
Senarai kumpulan sokongan 1 KKM?
Berikut adalah senarai kumpulan sokongan 1 di KKM:
- Jururawat U5
- Penolong Pegawai Perubatan U5
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U5
- Juru X-Ray(Diagnostik/Terapi) U5
- Jurupulih Perubatan Fisioterapi U5
- Jurupulih Perubatan Cara Kerja U5
- Juruteknologi Makmal Perubatan U5
- Penolong Pegawai Farmasi U5
- Juruteknologi Pergigian U5
- Juruterapi Pergigian U5
Demikian sedkit perkongsian mengenai gred jawatan kerajaan. Gred kerja kerajaan ini adalah yang sedang terpakai untuk saat ini. Bagaimanapun, sekiranya sebarang pindaan dibuat terhadap spesifikasi dan klasifikasi perkhidmatan awam di Malaysia ini, kami akan mengemaskini laman ini untuk info yang sentiasa tepat.
Mohon beli buku Rahsia Persiapan temuduga
Salam Noorsilatul,
Boleh dapatkan secara online melalui pautan berikut ya:
https://soalantemuduga.com/recommends/lulus-temuduga/